Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Politeknik Singapura lancar diploma AI pertama untuk pelajar sepenuh masa

Oct 18, 2019 | 05:43 PM



BERMULA April 2020, pelajar yang tamat sekolah menengah boleh mengambil program diploma sepenuh masa dalam kecerdasan buatan (AI) dan analitik di Politeknik Singapura (SP).



Politeknik itu adalah politeknik pertama di antara lima politeknik di Singapura, yang bakal menawarkan program sedemikian. 



Ia akan mengambil sehingga 80 pelajar dalam kumpulan pelajarnya yang pertama.



Buat masa ini, kursus seperti itu ditawarkan sebagai program diploma spesialis, iaitu bagi lulusan diploma atau siswazah sekarang - yang lazimnya pelajar dewasa - untuk mendalami pengetahuan dan kemahiran mereka.



Kursus diploma baru itu dilancarkan pada Jumaat (18 Oktober) semasa Simposium AI SP di Concorde Hotel, yang mengetengahkan projek berkaitan dengan AI, yang dihasilkan oleh pelajar dan rakan industri. 



Pelajar yang mengikuti program ini akan belajar cara menggunakan AI dan data besar untuk menyelesaikan cabaran semasa dalam berbagai industri seperti kewangan, teknologi maklumat dan perdagangan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >