Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Politeknik Temasek buka pusat latihan perkilangan

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



POLITEKNIK Temasek (TP) telah melancarkan pusat perkilangan lanjutan (TP AMC) yang bertujuan melatih dan menyokong tenaga kerja yang bersiap sedia untuk masa depan.



Kemudahan itu boleh menghasilkan enam produk, termasuk suis pintar Wi-Fi, pemacu ibu jari dan suis had mekanikal.



Tujuannya adalah untuk mewujudkan persekitaran yang realistik supaya pelajar dapat mempelajari mengenai operasi kilang dan memupuk minat mereka untuk menyertai sektor perkilangan.



Kemudahan tersebut, dibina dengan kos $7 juta di kampus politeknik itu, akan melatih kira-kira 2,500 pelajar setahun.



Kemudahan tersebut memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan pelbagai jenis produk dalam jumlah yang kecil.



Pusat itu, yang secara rasmi dibuka oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing semalam, mempunyai gudang pintar yang memiliki sistem penyimpanan dan pengambilan automatik.



Pusat itu juga menyediakan analisis masa nyata dan pengoptimuman dengan menggunakan analisis data. Contohnya, ia menunjukkan status peralatan dan dapat menarik perhatian tentang masalah di kilang itu.



Ia juga akan menyokong syarikat dan rakan industri dalam usaha transformasi Industri 4.0 mereka melalui perkhidmatan perundingan dan projek industri lain.



Mengulas mengenai kemudahan baru ini, Pengetua dan Ketua Eksekutif TP, Encik Peter Lam, berkata TP AMC merupakan komitmen pelbagai pihak yang ditetapkan untuk mempercepat perkembangan kemampuan perkilangan di Singapura.



"Kami berharap latihan yang kami tawarkan kepada pelajar muda dan dewasa kami, projek yang dimulakan dan perundingan yang diberikan, terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana, ia akan meningkatkan daya saing dan juga produktiviti sektor industri kami.



"Kesimpulannya, kami berhasrat untuk menyokong semua syarikat dalam perjalanan perkilangan mereka sambil memberikan peluang kerja yang lebih baik kepada semua pelajar kami," ujarnya.



Dalam satu kenyataan oleh TP, ia berkata mereka akan bekerjasama dengan beberapa syarikat utama dan persatuan perdagangan kerana pelbagai sumber dan latihan diperlukan untuk membina bakat dan mengembangkan kemampuan dalam perkilangan lanjutan.



Semalam, TP telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama rakan industri utama dan persatuan perdagangan yang terdiri daripada OMRON Electronics, Fujitsu Singapore, Arcstone Pte Ltd, M8M Pte Ltd, PDS Pte Ltd dan Swisslog serta Persatuan Industri Semikonduktor Singapura (SSIA) dan Persatuan Teknologi dan Kejuruteraan Jitu Singapura (Speta).



Rakan industri itu akan menawarkan para pelajar latihan di tempat kerja atau OJT dalam sekitaran perkilangan lanjutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >