Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Politeknik Temasek perkenal kursus bangun bandar pintar dan negara hijau

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



POLITEKNIK Temasek (TP) akan memperkenalkan dua kursus diploma sepenuh masa baru - Diploma Kecerdasan Buatan Gunaan serta Diploma Teknologi Seni Bina dan Perkhidmatan Bangunan bagi kohort April 2021.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TP, ia berkata kedua-dua kursus baru itu bertujuan untuk menyediakan dan melengkapkan generasi tenaga kerja akan datang dengan kecekapan yang diperlukan untuk menyokong transformasi Singapura menjadi bandar pintar dan negara hijau.



Para pelajar yang menjalani Diploma Kecerdasan Buatan Gunaan boleh secara serentak melengkapkan diri dengan pensijilan industri AI seperti Program Pensijilan Deep Learning Institute (DLI) yang ditawarkan oleh NVIDIA, sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika.



Mereka juga akan mempelajari kemahiran praktikal di Pusat Aplikasi AI baru TP di mana projek dibangunkan oleh kakitangan dan pelajar dengan kerjasama bersama pemain dalam industri.



Menurut Dr Eng Pin Kwang, Pengarah Sekolah Informatik dan Teknologi Maklumat (IT) TP, pelancaran kursus itu akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan baru dan menarik untuk pelajar mereka.



"Tenaga kerja yang sedia ada sangat penting untuk membantu negara kita mencapai matlamatnya untuk menjadi pemimpin global dalam pengembangan dan penggunaan AI.



"Dengan kepakaran tenaga pengajar TP serta rakan kongsi kami seperti IBM dan NVIDIA, pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran AI yang diperlukan untuk menyokong ekonomi digital baru," ujarnya.



Satu lagi kursus yang dilancarkan, Diploma Teknologi Seni Bina dan Perkhidmatan Bangunan pula akan menyepadukan seni bina digital dengan reka bentuk dan kesinambungan sistem pintar yang dapat membekalkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyumbang kepada usaha negara dalam menangani perubahan iklim, dan mempromosikan kelestarian alam sekitar.



Pelajar yang menjalani kursus itu akan mempelajari proses seni reka bentuk dengan menggunakan teknologi seperti Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) untuk reka bentuk maya, perisian simulasi untuk penilaian prestasi, dan sistem automasi pintar untuk pengurusan yang cekap.



"Lulusan kursus ini akan dapat menyumbang ke arah membina persekitaran binaan yang pintar dan bersedia untuk masa depan, selain memainkan peranan mereka untuk memerangi perubahan iklim," ujar Pengarah Sekolah Kejuruteraan TP, Encik Wong Kia Ngee.



Menurut TP, mereka juga sedang membangunkan Pusat Pembinaan Pintar yang menggabungkan pelbagai teras dan teknologi bangunan pintar yang akan memainkan peranan penting dalam menyokong kursus diploma baru itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >