Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Poly Ngee Ann rancang sedia khidmat aduan bebas terhadap kakitangannya

Jun 30, 2021 | 05:30 AM



POLITEKNIK Ngee Ann (NP) sedang merancang untuk mengadakan khidmat aduan bebas bagi staf, pelajar, ibu bapa dan pihak awam yang ingin membuat aduan terhadap kakitangannya.



Menurut dokumen tender yang dilihat oleh The Straits Times (ST), politeknik di Clementi Road itu sedang mencari penyedia khidmat luar untuk mengendalikan khidmat itu, yang bertujuan menawarkan saluran bagi menimbulkan keprihatinan dan menerima maklum balas bagi sebarang tindakan yang diambil.



Dokumen itu juga berkata khidmat itu bertujuan memberikan pengguna peluang memberikan maklum balas tanpa bimbang dikenakan tindakan balas dendam kerana berbuat demikian demi kebaikan semua.



Dokumen itu berkata khidmat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa yang melihat, atau sedar tentang sebarang salah laku atau perkara yang salah yang disyaki dilakukan oleh pekerja atau pihak pengurusan NP.



Menurut maklumat di laman web NP, pelajar pada masa ini boleh menimbulkan sebarang keprihatinan dengan staf dan pelajar lain dengan mengirimkan e-mel kepada tellnp@np.edu.sg, tetapi adalah kurang jelas sama ada khidmat yang digambarkan dalam dokumen tender akan menggantikan proses tersebut.



Dalam laporannya, ST berkata dokumen tender itu telah dimuat naik ke portal GeBiz pada 18 Jun, meskipun ada tarikh di dokumen tender yang menunjukkan ia dikemas kini pada Julai 2019.



Ia telah menghubungi NP untuk mendapatkan keterangan lanjut.



Menurut dokumen tender itu, contoh salah laku yang boleh dilaporkan termasuk tatalaku yang tidak wajar atau perbuatan tidak beretika dan perbuatan yang boleh membahayakan kesihatan atau keselamatan orang dan sekitaran.



Melindungi maklumat mengenai tindakan ini juga akan disifatkan sebagai perbuatan salah.



Apabila khidmat itu dilaksana, pengadu boleh menelefon nombor talian yang dikendalikan dari 8.30 pagi hingga 6 petang, antara Isnin dengan Jumaat.



Sebuah e-mel khusus bagi tujuan membuat aduan juga akan diadakan.



Dokumen tender itu juga menyatakan pengendali perlu memberikan nasihat kepada pihak yang membuat aduan, melaporkan semua insiden kepada politeknik itu dalam tempoh sehari dan juga merangkumkan semua laporan mengenai insiden yang diterima.



Dokumen tender itu diterbitkan di GeBiz, iaitu laman web pemerolehan khidmat bagi agensi pemerintah, pada 18 Jun, sehari selepas NP berkata ia akan memecat pensyarah Encik Tan Boon Lee kerana perbuatan salah yang serius.



Ini selepas Encik Tan dirakam di video - yang dimuat naik ke dalam talian pada 6 Jun - mengutarakan kata-kata perkauman kepada satu pasangan berlainan kaum di Orchard Road.



Pada 9 Jun, bekas pelajar NP, Nurul Fatimah Iskandar, menulis di Instagram untuk menyatakan Encik Tan telah membuat komen mengenai Islam yang antara lain membuatnya berasa kurang selesa semasa beliau menghadiri kelas yang diajar Encik Tan pada 2017.



Cik Nurul, kini 22 tahun, dan mahasiswa di Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata beliau telah melaporkan insiden itu kepada politeknik. Namun politeknik itu berkata ia tidak dapat mendapatkan semula rekod maklum balas yang diberikan oleh Cik Nurul itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >