Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal baru HDB muatkan senarai flat baru, alat hitung dan maklumat pinjaman

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



WARGA yang giat mencari flat baru kini boleh mendapatkan maklumat seperti harga dan jumlah pinjaman daripada portal dalam talian baru kendalian Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Portal Flat HDB, yang boleh diakses menerusi homes.hdb.gov.sg/home/landing, bertujuan menghimpunkan segala aspek penjualan dan pembelian rumah baru di bawah satu bumbung.



Portal yang akan dikemaskinikan secara bertahap bermula semalam itu menyatukan maklumat tentang flat baru yang sedia ada dan projek yang bakal dibina oleh HDB, menurut Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dalam masukannya di Facebook semalam.



Portal tersebut contohnya memaparkan antara muka lebih mesra pengguna dan memuatkan alat menghitung kemampuan kewangan pemohon.



Alat menghitung itu juga boleh menunjukkan anggaran bajet supaya pembeli boleh memilih rumah yang sesuai.



Di samping itu, pembeli boleh memperolehi maklumat pinjaman daripada HDB dan beberapa bank menerusi portal tersebut.



Penjual rumah pula boleh menggunakan alat menghitung untuk mencongak hasil penjualan, termasuk wang yang perlu dipulangkan kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



Mereka juga boleh memerhatikan harga rumah dalam urus niaga yang berlaku di estet masing-masing.



Menurut Encik Lee, portal itu akan menyenaraikan juga flat jualan semula HDB pada masa depan.



Portal berkenaan merupakan tahap lanjutan kepada Portal Jualan Semula HDB yang dilancarkan pada Januari 2018. Portal Jualan Semula HDB boleh diakses di services2.hdb.gov.sg/webapp/BB31AWDashboardWeb/BB31PLogin.jsp.



Tambah Encik Lee, Portal Jualan Semula HDB telah mengurangkan masa urusan jual beli flat jualan semula HDB daripada 16 minggu kepada 8 minggu.



Wadah tersebut juga mengurangkan jumlah janji temu yang perlu dilakukan dengan HDB daripada dua kepada satu sesi sahaja.



"Kami akan terus berusaha mempertingkat proses urus niaga bagi pembeli dan penjual flat HDB," ujar Encik Lee.



Mantan Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong kali pertama mengenalkan portal penjualan HDB pada September 2019.



Pengumuman itu turut menampilkan Geran Perumahan CPF yang Dipertingkatkan, iaitu penyepaduan dua geran yang ditawarkan sebelum ini.



Geran dipertingkat itu membolehkan pembeli kali pertama yang bergaji lebih tinggi mendapatkan sokongan.



Beberapa ciri dalam kedua-dua portal itu memerlukan daftar masuk menggunakan SingPass.



Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan melayari bahagian Soalan Lazim di homes.hdb.gov.sg/home/frequently-asked-questions.



Diminta mengulas, jurucakap firma hartanah setempat OrangeTee berkata mereka mengalu-alukan penyediaan portal bersepadu sebegitu daripada HDB.



Menurut OrangeTee, portal itu memudahkan pengguna, terutama sekali mereka yang kurang cenderung terhadap teknologi maklumat (IT) atau tidak biasa menjalankan pencarian hartanah.



"Beberapa fungsi barunya juga agak berguna. Ada yang mungkin tertarik memilih rancangan pembayaran yang disarankan dalam portal sebagai rujukan atau penanda aras apabila berbincang dengan perunding cara hartanah mahupun pihak bank sebelum membeli flat jualan semula.



"Bahagian Upcoming Build-To-Order juga berguna kepada pembeli kerana mereka boleh mendapatkan maklumat BTO. Barangkali HDB boleh mempertimbang menunjukkan jumlah pemohon dan harga satu unit bagi projek BTO lalu mengikut estet pula," ujar OrangeTee.



Ketika dihubungi, Cik Jasmin Husin, 30 tahun, ghairah hendak menggunakan khidmat dan ciri-ciri yang ditawarkan portal baru HDB itu malah sudah mencuba-cuba pelbagai fungsinya selama lebih sejam semalam.



Pengurus teknikal syarikat kimia itu baru sahaja bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan Julai ini.



Beliau dan tunang mahu membeli flat, tidak kira flat jualan semula, BTO atau Jualan Baki Flat (SBF), asalkan mengikuti bajet mereka. Mereka juga sanggup menunggu hingga dua tahun untuk mendapatkan rumah sendiri.



"Saya terima pemberitahuan bahawa terdapat portal baru ini semalam. Saya rasa portal ini bersifat menyeluruh dan lebih mudahkan urusan pembeli berbanding pada zaman dulu.



"Menariknya, portal ini memaparkan bekalan flat yang ada, mengetengahkan pelancaran masa depan dan apa yang sedia ada. Ada juga jentera pencari yang boleh mencari flat berdasarkan bajet kita.



"Ada baiknya juga kalau HDB boleh menyepadukan harga flat jualan semula secara lebih cepat ke dalam portal baru ini supaya kita boleh membandingkan harga dan membuat keputusan terbaik," ujar Cik Jasmin.




"Saya rasa portal ini bersifat menyeluruh dan lebih mudahkan urusan pembeli berbanding pada zaman dulu.

Menariknya, portal ini memaparkan bekalan flat yang ada, mengetengahkan pelancaran masa depan dan apa yang sedia ada. Ada juga jentera pencari yang boleh mencari flat berdasarkan bajet kita.

Ada baiknya juga kalau HDB boleh menyepadukan harga flat jualan semula secara lebih cepat ke dalam portal baru ini supaya kita boleh membandingkan harga dan membuat keputusan terbaik."

- Cik Jasmin Husin, pengurus teknikal syarikat kimia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >