PELAJAR semuda 11 tahun sehingga dewasa kini boleh memanfaatkan portal sehenti baru SkillsFuture bertujuan membantu rakyat mengatur pembelajaran dan merancang laluan kerjaya mereka.
Laman baru MySkillsFuture yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam semalam akan membantu rakyat merancang keperluan pembelajaran seawal peringkat sekolah rendah selain membantu mengemaskini kemahiran sepanjang kerjaya, kata Kementerian Pendidikan (MOE), Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan SkillsFuture Singapore (SSG) dalam satu kenyataan bersama.