Portal Bazaar-Kita.sg bawa kemeriahan bazar Raya ke rumah, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Portal Bazaar-Kita.sg bawa kemeriahan bazar Raya ke rumah

Mar 13, 2021 | 05:30 AM

ORANG ramai yang melungsuri portal dalam talian baru Bazaar-Kita.sg akan dapat mengakses wadah e-dagang Shopee dan Bungkus untuk membeli-belah bagi Ramadan dan Hari Raya tahun ini.

Bagi peniaga pula, ini bermakna mereka boleh memanfaatkan bilangan ramai pengguna dua wadah dalam talian itu, kata Wisma Geylang Serai (WGS) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) semalam.

Anjuran WGS dan DPPMS, portal di laman www.bazaar-kita.sg itu akan memaparkan "semua perkara berkenaan Ramadan".

Di samping kegiatan membeli-belah, tawaran di Bazaar-Kita.sg turut merangkumi program khas WGS untuk bulan Ramadan dan Raya di Facebook serta Youtube WGS, pautan kepada derma, dan maklumat penting daripada agensi pemerintah relevan seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Selain menjadi wadah bagi perniagaan dan individu untuk menawarkan produk dan perkhidmatan mereka, platform itu juga membolehkan pelanggan "membelek-belek" pelbagai wadah pada satu masa sedang mereka membuat persiapan bagi Ramadan dan Raya tahun ini, kata penasihat WGS, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Beliau yang juga Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), berkata:

"Saya juga berharap dapat melihat lebih banyak pemilik perniagaan menyertai wadah dalam talian itu dan menyeru masyarakat agar menyokong perniagaan apabila laman web itu dilancarkan sewaktu Penyalaan Lampu Hari Raya (Hari Raya Light Up) pada 9 April 2021."

Dalam pada itu, pengesahan halal di Bazaar-Kita.sg menyenangkan pemilik perniagaan dan pelanggan kerana ia hanya membenarkan makanan halal untuk ditawarkan.

Latihan dan sokongan 24 jam juga akan diberikan oleh DPPMS, Shopee atau Bungkus untuk menjawab pertanyaan pemilik perniagaan dan membimbing mereka bagaimana untuk mengurus kedai mereka.

Walaupun terdapat sekatan, Presiden DPPMS, Encik Farid Khan, berkata wadah tersebut bertujuan membawa elemen penting pengalaman Ramadan kepada pengguna, dalam keselesaan rumah mereka sendiri.

"Bazaar-Kita.sg juga menegaskan komitmen DPPMS untuk memudahkan perubahan digital dalam kalangan anggotanya.

"Dewan berharap pemilik perniagaan akan merebut peluang untuk memanfaatkan faedah jelas yang disediakan rakan utama dalam inisiatif itu, supaya dapat meletakkan mereka dalam kedudukan ke arah kejayaan sewaktu Ramadan dan setelah itu," tambahnya.

Pemilik perniagaan dan individu yang berminat boleh menyertai portal tersebut dengan mengisi butiran mereka di laman www.bazaar-kita.sg.

Portal tersebut akan siap sepenuhnya menjelang 1 April ini.

Ini adalah tahun kedua Bazar Hari Raya Geylang Serai secara fizikal telah ditiadakan sejak Singapura melaporkan kes pertamanya Covid-19 awal tahun lalu.

Dalam laporan sebelum ini, WGS berkata bazar dalam talian itu bertujuan merai budaya dan warisan masyarakat Melayu/Islam, dengan menawarkan pelbagai pengalaman bagi segenap lapisan warga.

Orang ramai juga dapat terus menikmati kerlipan lampu Hari Raya yang akan mewarnai Geylang Serai di Geylang Road dan Sims Avenue dari 9 April hingga 23 Mei.


''Saya juga berharap dapat melihat lebih banyak pemilik perniagaan menyertai wadah dalam talian itu dan menyeru masyarakat agar menyokong perniagaan apabila laman web itu dilancarkan sewaktu Penyalaan Lampu Hari Raya (Hari Raya Light Up) pada 9 April 2021.''
- Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, penasihat WGS, yang juga Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri.


PELBAGAI KEGIATAN DAN PROGRAM LAIN ANJURAN WGS

1. Dari Persada Budaya

Persembahan muzikal oleh artis dalam industri muzik Melayu tempatan termasuk Dato' Ramli Sarip, Iskandar Ismail, Farhan Shah, Haryani Bakri, Liwani Izzati dan lain-lain.

2. Suara Sensasi

Menampilkan finalis dari pertandingan nyanyian SUARA WGS 2.0.

3. Komedi Bongkar Periuk

Kompilasi skit pendek sewaktu tempoh Ramadan oleh Suhaimi Yusof.

4. Jom Buat Kek

Sesi memasak secara 'live' oleh Sister Cookies termasuk kek, biskut dan hidangan Raya seperti lepat.

5. E-Buka Show

Sesi berbuka puasa yang membawa bersama masyarakat Melayu dan pihak berkepentingan di wadah dalam talian, diiringi hiburan, temu bual dan azan secara 'live'.

6. Kegiatan Kesihatan Masyarakat Dalam Talian

Ini diadakan dengan kerjasama Hospital Tan Tock Seng, menampilkan ceramah kesihatan, sesi senaman aerobik impak rendah dan bengkel memasak.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map