PORTAL kesihatan dalam talian HealthHub akan dipertingkat menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada pagi Jumaat (20 Mei).
Beliau tidak memberikan butirannya, tetapi berkata beberapa orang, sebagai contoh, meminta agar anak mereka mempunyai akses kepada rekod perubatan mereka.
Portal itu membolehkan orang ramai mengesan rekod perubatan mereka secara dalam talian sejak dilancarkan pada Oktober tahun lalu.
Berucap dalam Sidang Puncak IT Kesihatan Nasional di Singapore Ekspo, Encik Gan juga berkata teknologi akan membuat sistem penjagaan kesihatan Singapura lebih baik dan lebih bijak.
Ini termasuk membantu orang ramai mengawasi lebih dekat kesihatan mereka sendiri, serta menghubungkan institusi penjagaan kesihatan pada tahap berbeza.
Bercakap mengenai perjuangan Singapura menentang penyakit kencing manis, Encik Gan berkata: "Kami berhasrat melawan dan memenangi peperangan ini dengan menjalinkan tentera kita dan perkongsian maklumat dengan lebih baik."
"Bagi mengukuhkan jalinan, penyedia penjagaan pada semua susunan perlu didigitalkan bagi membolehkan aliran maklumat."