Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal khas bantu warga emas cari kerja antara saranan Panel Warga

Masagos: S'pura mahu beri peluang kepada semua untuk berkembang
Oct 25, 2021 | 05:30 AM



SEKUMPULAN warga Singapura daripada pelbagai lapisan usia telah mengajukan idea mereka mengenai cara membolehkan warga emas untuk menyumbang secara bermakna di tempat kerja dan masyarakat.



Antara saranan mereka termasuk menawarkan portal khas untuk membantu warga emas mendapatkan pekerjaan, menyediakan waktu kerja fleksibel bagi pekerja matang, dan mengadakan program bagi warga emas untuk menjadi 'tukang cerita' dalam bahasa ibunda kepada generasi muda.



Idea tersebut dibentangkan kepada Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam sesi Panel Warga, yang diadakan sebahagian daripada usaha Segar Semula Pelan Tindakan bagi Penuaan Berjaya (Successful Ageing), kelmarin.



Pelan Tindakan itu kali pertama dilancarkan pada 2015, dan kini disegar semula oleh Jawatankuasa Menteri bagi Penuaan untuk memastikan ia kekal relevan.



Panel Warga yang dilancarkan itu mengundang warga Singapura untuk mewujudkan inisiatif bersama pemerintah.



Seramai 46 peserta telah diundang untuk menyertai empat sesi pendekatan maya untuk membincangkan pelbagai inisiatif berkenaan pekerjaan dan program sukarela untuk warga emas.



Sejak 25 September lalu, peserta telah memberi tumpuan kepada beberapa idea, dan mereka juga telah dibahagikan secara berkumpulan untuk memperhalusi idea itu menjadi huraian yang boleh dilaksana.



Peserta telah membentangkan saranan mereka dalam sesi terakhir kelmarin.



Berucap di sesi itu, Encik Masagos berkata Singapura berusaha membangun masyarakat yang memberi peluang kepada semua individu untuk maju berkembang, tidak kira usia, iaitu sebuah masyarakat inklusif yang meraikan warga emas sebagai anggota penting dalam masyarakat.



"Sebagai panel, anda telah menerajui naratif bahawa penuaan membawa potensi daripada cabaran kerana warga emas boleh menyumbang banyak kepada masyarakat.



"Kami akan memaparkan kerja keras anda dalam Pelan Tindakan Yang Disegar Semula," kata Encik Masagos kepada peserta.



Antara peserta yang telah memberi pembentangan ialah Encik Muhammad Asyahari Hussaini, 25 tahun, yang kumpulannya menyarankan agar pekerjaan disusun semula sesuai untuk warga emas.



"Kami ingin mempengaruhi pemikiran individu yang membuat keputusan serta majikan menerusi satu gerakan sosial bahawa warga emas masih berupaya dengan kemahiran yang diraih sepanjang tahun-tahun lalu.



"Warga emas membentuk sebahagian besar penduduk kita dan ramai yang tampil untuk mengatakan mereka masih menyumbang secara aktif kepada masyarakat," ujar pegawai kewangan itu.



Meskipun tumpuan adalah bagi warga emas hari ini, Encik Asyahari berkata beliau juga prihatin tentang warga emas pada hari esok, iaitu termasuk semua anak muda hari ini.



"Kami perlu memulakan usaha ini sekarang untuk memastikan penuaan yang berjaya," kata Encik Asyahari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >