Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal mohon VTP kembali normal selepas alami gangguan, 35,000 pengguna cuba masuk serentak: ICA

Nov 22, 2021 | 11:55 PM



LAMAN SafeTravel yang digunakan untuk memohon Pas Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTP) telah kembali normal pada 3 petang Isnin (22 November) kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



ICA mendedahkan perkembangan terkini itu setelah laman itu mengalami gangguan sepanjang beberapa jam pada tengah hari Isnin iaitu hari pertama pemohonan itu dimulakan bagi pelawat yang ingin memasuki Singapura dari Malaysia dan Indonesia.



Penguasa itu berkata, ia mengalami bilangan pengguna tinggi yang ingin mendaftar masuk laman itu secara serta merta apabila portal itu dibuka pada waktu pagi.



"Apabila portal permohonan VTP bagi pelawat dari Malaysia dan Indonesia dibuka pada 10 pagi 22 November, terdapat seramai 35,000 pengguna yang cuba masuk secara serentak hingga menyebabkan gangguan kepada sistem itu," kata ICA.



Penguasa itu menambah, ia telah mempertingkat sistem itu sepanjang hujung minggu lalu sebagai persediaan bagi menghadapi permintaan tinggi.



Namun, terdapat satu kesilapan dalam tatarajahnya (configuration).



"Kami minta maaf atas gangguan itu dan kami ingin mengucapkan terima kasih atas pemahaman (pengguna)," kata ICA lagi.



Kedua-dua laluan perjalanan bagi orang yang sudah divaksin (VTL) antara Singapura dengan Malaysia dan Singapura dengan Indonesia akan bermula Isnin depan (29 November). 



Permohonan bagi pas VTP itu bagi pelawat dari India juga dibuka pada 6 petang dan laman itu terus mengalami bilangan pengguna yang tinggi sepanjang malam Isnin. 



ICA berkata tiada kuota bagi bilangan VTP yang diberikan untuk perjalanan menerusi udara.



Pas itu hanyalah untuk pelawat asing jangka pendek dan pemegang pas jangka panjang. 



Warga Singapura dan penduduk tetap tidak perlu memohon untuk mendapatkan VTP untuk memasuki Singapura menerusi VTL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >