Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal pastikan terjemahan lebih tepat dilancar bulan depan

May 06, 2022 | 05:30 AM



SEKUMPULAN penterjemah setempat kini sedang membantu meningkatkan piawaian terjemahan komunikasi awam di negara ini.



Bagi menyokong terus terjemahan yang tepat, pemerintah akan melancarkan secara rasmi portal laman Bersama Terjemah SG (SGTT) menjelang akhir bulan depan.



Ini dinyatakan Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, yang juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Terjemahan Kebangsaan (NTC) semalam.



Encik Tan berkata ciri utama dalam portal itu ialah membenarkan pengguna untuk menghasilkan terjemahan yang sesuai kepada konteks setempat menggunakan 'enjin' Terjemahan Mesin yang dikhususkan pemerintah.



Projek Penterjemah Kita (CT) itu telah dilancarkan Januari tahun lalu sebagai sebahagian daripada usaha pemerintah untuk meningkatkan piawaian terjemahan dan bahasa di Singapura.



Sehingga 14 April lalu - sekitar 14 bulan sejak dilancarkan - terdapat lebih 1,180 penterjemah, terdiri daripada 1,037 penterjemah bahasa Cina, 77 bahasa Melayu dan 73 yang lain berbahasa Tamil.



Lebih 360 daripada mereka telah dianugerahkan dengan sijil elektronik penyertaan di atas sumbangan mereka.



Mereka merupakan kelompok pertama CT yang mencapai penyertaan Peringkat Asas di bawah projek rangka kerja Pengiktirafan dan Latihan CT yang dilancarkan November lalu.



Mereka telah menyertai sekurang-kurangnya tiga kegiatan pada tahun itu.



Ini termasuk menawarkan maklum balas atau memperhalusi terjemahan dalam komunikasi awam, melaporkan kesilapan dalam terjemahan atau menghadiri dialog serta sesi penglibatan.



CT yang terlibat dalam sekurang-kurangnya lima kegiatan semasa tahun tersebut boleh menerima baucar elektronik.



Mereka juga boleh memohon untuk mendapatkan subsidi latihan untuk menghadiri kursus terjemahan atau mendapatkan pensijilan berkaitan terjemahan.



Salah seorang CT itu ialah Dr Yahaya Sanusi, yang telah menetap di luar negara sejak 1980, sebahagian besarnya di Jerman.



Hasil kerja terjemahannya merupakan satu cara baginya kekal dengan asal usul, bahasa serta budayanya, katanya kepada akhbar The Straits Times.



Antara lain, arkitek kapal dan jurutera luar pesisir berusia 62 tahun itu, telah menawarkan maklum balas bagi terjemahan bahasa Inggeris ke Melayu, dalam risalah IC digital Singpass dan aplikasi Singpass.



"Terdapat pepatah Melayu yang berkata: Seperti sirih pulang ke gagang, yang bermaksud seseorang itu pulang ke asalnya," kata beliau.



Dr Yahaya menambah salah satu cabaran terbesar adalah untuk mencari terjemahan yang betul bagi perkataan baru.



Menggunakan perkataan asing juga boleh menjejas ejaan dan sebutan perkataan tersebut.



"Seperti contoh, bahasa Melayu amat dipengaruhi budaya Arab.



"Orang ramai sudah biasa menggunakan ejaan Arab tapi tidak sedar bahawa ia salah dalam bahasa Melayu yang sebenar," katanya sambil menambah, pengetahuan yang baik tentang budaya penting untuk menyampaikan mesej yang betul.



 



*Artikel ini telah dikemas kini bagi menambah ketepatannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >