Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Portal sehenti baru Mendaki beri akses mudah kepada pengguna

Nov 09, 2021 | 05:30 AM

ORANG ramai kini boleh mendapat akses lebih mudah kepada perkhidmatan Mendaki dengan pelancaran portal web perkhidmatan sehenti, MyMendaki.

Melalui portal tersebut, pengguna akan mendapat akses kepada perkhidmatan Mendaki seperti permohonan bantuan kewangan, biasiswa, dermasiswa, pendaftaran program pendidikan dan sukarelawan serta acara dan aktiviti akan datang.

Ia membolehkan mereka menjimatkan masa dan borang untuk diisi serta memudahkan proses mengemas kini maklumat peribadi melalui MyInfo.

Wadah sehenti ini dijangka memanfaatkan kira-kira 70,000 benefisiari, pelajar dan rakan kongsi, kata Mendaki dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Melalui akaun MyMendaki, pengguna dapat menerima maklumat dan melakukan beberapa perkara seperti mengurus profil dan aktiviti anak-anak mereka, menyemak status pendaftaran program dan permohonan untuk bantuan kewangan, biasiswa atau dermasiswa mereka.

Kata Mendaki, khidmat tambahan akan terus diperluaskan ke dalam portal tersebut secara berperingkat.

Antara khidmat ini termasuk membolehkan pengguna untuk menguruskan derma mereka, mendaftar untuk program yang akan datang, memantau aktiviti relawan mereka dan untuk mereka mengetahui lebih lanjut mengenai sesi mentor dan bimbingan yang telah disediakan.

Mengulas, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah berkata:

"Sebagai laman web perkhidmatan sehenti, MyMendaki juga akan membolehkan kami lebih memahami keperluan masyarakat melalui penyertaan mereka dalam program kami dan mengenal pasti jurang dalam perkhidmatan yang ditawarkan utuk perkhidmatan yang berpotensi untuk berkhidmat kepada masyarakat kita dengan lebih baik".

Buat pertama kali, pendaftaran awam untuk Skim Tuisyen Mendaki (MTS) bagi tahun depan akan dijalankan melalui portal tersebut dari 8 November 2021 hingga 31 Januari 2022.

Lebih daripada 2,300 pelajar skim tuisyen itu telah berjaya mendaftar untuk 2022 melalui portal MyMendaki semasa pendaftaran untuk pelajar skim itu dari 16 Oktober hingga 31 Oktober 2021.

Ibu bapa yang mungkin terlepas tempoh pendaftaran skim tuisyen itu masih boleh memohon untuk tempoh 2022 mulai 8 November 2021.

Bayaran untuk permohonan bagi MTS kini adalah $10 untuk sepanjang tahun berbanding yuran tahunan sehingga $210.

"MyMendaki membolehkan Mendaki lebih memahami keperluan khusus kumpulan berbeza dalam masyarakat melalui penyertaan mereka dalam program dan skim bantuan kewangan Mendaki,'' kata kenyataan itu.

Melalui portal sehenti ini, ibu bapa boleh mendaftarkan akaun mereka untuk sekeluarga, sekali gus membolehkan Mendaki mengenal pasti campur tangan yang lebih menyeluruh untuk mereka dan anak-anak mereka.

Orang ramai juga boleh membuat rujukan individu yang memerlukan bantuan daripada Mendaki dan kemudian menjejaki kemajuan campur tangan yang diberikan, kata Mendaki.

Untuk membantu orang ramai menyesuaikan diri dengan portal tersebut, Mendaki turut menyediakan video animasi dengan maskot, 'Mikki', untuk menyediakan panduan mudah tentang penggunaan portal untuk mengakses perkhidmatannya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3