Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Portal sumber pendidikan kerjasama Mendaki, BH dilancar

Fasa pertama beri tumpuan kepada murid prasekolah, darjah empat hingga enam berserta ibu bapa mereka; akan dilanjut ke peringkat lain
Sep 30, 2022 | 06:35 AM



Bahan rujukan dan kandungan berbilang media berunsurkan pendidikan sebagai pusat sehenti bagi keperluan pendidikan keluarga Melayu/Islam. Itulah matlamat portal Rakan Ilmu, sebuah laman web yang dihasilkan dengan kerjasama Yayasan Mendaki dan Berita Harian (BH). Portal ini sudah boleh diakses orang ramai mulai semalam, menerusi pautan Rakan Ilmu di BeritaHarian.sg.




PORTAL sehenti bagi pelbagai sumber pendidikan untuk masyarakat Melayu/Islam hasil kerjasama Yayasan Mendaki dan Berita Harian (BH) kini sudah boleh diakses orang ramai.



Disediakan dalam dwibahasa, Melayu dan Inggeris, laman ini boleh diakses menerusi pautan Rakan Ilmu di www.BeritaHarian.sg (gambar).



Dinamakan Rakan Ilmu: Sumber Pendidikan Sehenti bagi Masyarakat Melayu/Islam, pelancaran portal tersebut menyusuli pemeteraian Perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada 30 Ogos lalu antara Mendaki dengan SPH Media.



Akhbar BH diterbitkan SPH Media.



Dalam fasa pertama, laman tersebut memberi tumpuan kepada kandungan peringkat prasekolah dan bagi murid-murid di darjah empat hingga enam, serta ibu bapa mereka.



Kandungan peringkat persekolahan lain akan turut dimuatkan.



Antara kandungan yang boleh didapatkan di laman Rakan Ilmu itu termasuk kertas ujian dan peperiksaan pelbagai peringkat pelajar termasuk Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), GCE peringkat 'N' dan 'O'.



Kertas-kertas ujian dan peperiksaan ini meliputi pelbagai subjek, antaranya Inggeris, Melayu, Matematik dan Sains.



Turut disediakan ialah bahan-bahan rujukan bagi panduan umum seperti bagaimana untuk membantu anak melangkah ke darjah satu, membangunkan keluarga cemerlang dan kemahiran mengurus masa.



Pelbagai artikel yang membincangkan isu-isu keibubapaan turut disediakan dan dalam minggu-minggu mendatang, video dan podcast berkaitan pendidikan akan turut dimuat naik ke laman itu.



Pelbagai bahan rujukan keperluan pembelajaran



Dari kertas-kertas ujian, bahan-bahan rujukan hinggalah kepada artikel, rencana, video dan podcast berkaitan persekolahan serta keibubapaan, laman web atau portal bagi pelajar dan ibu bapa yang diusahakan sama Yayasan Mendaki dan Berita Harian, bertujuan menyediakan sebuah pusat sehenti dalam talian bagi keperluan pembelajaran keluarga Melayu/Islam.



Disediakan dalam dwibahasa, Melayu dan Inggeris, laman ini boleh diakses menerusi pautan Rakan Ilmu di www.BeritaHarian.sg.



Ia sudah boleh mula diakses orang ramai bermula semalam. Akses adalah percuma dan laman ini sesuai diakses menerusi pelbagai peranti digital - komputer, komputer riba dan telefon bijak.



Laman yang dinamakan, Rakan Ilmu: Sumber Pendidikan Sehenti bagi Masyarakat Melayu/Islam itu hasil Perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada 30 Ogos lalu antara Yayasan Mendaki dengan SPH Media.



Dalam fasa pertamanya, laman tersebut memberi tumpuan kepada kandungan peringkat prasekolah dan bagi murid-murid di darjah empat hingga enam, serta ibu bapa mereka.



Kandungan peringkat persekolahan lain akan turut dimuatkan.



MOU itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, dan Editor BH, Encik Saat Abdul Rahman.



Majlis yang diadakan di auditorium pusat berita SPH Media itu disaksikan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, dan Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan.



Antara kandungan yang boleh didapatkan di laman Rakan Ilmu itu termasuk kertas ujian dan peperiksaan pelbagai peringkat pelajar termasuk Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), GCE peringkat 'N' dan 'O'.



Kertas-kertas ujian dan peperiksaan ini meliputi pelbagai subjek antaranya Inggeris, Melayu, Matematik dan Sains.



Turut disediakan ialah bahan-bahan rujukan bagi panduan umum seperti bagaimana untuk membantu anak melangkah ke darjah satu, membangunkan keluarga cemerlang dan kemahiran mengurus masa.



Pelbagai artikel yang membincangkan isu-isu keibubapaan turut disediakan dan dalam minggu-minggu mendatang, video dan podcast berkaitan pendidikan akan turut dimuat naik ke laman ini.



Mengulas mengenai portal usaha sama Mendaki dan BH ini semasa majlis MOU, Encik Zaqy berkata:



"Dengan kerjasama ini antara Mendaki dengan SPH Media, kami berharap dapat mendekati masyarakat Melayu/Islam yang lebih luas dengan memanfaatkan jumlah pembaca, inisiatif multimedia dan jangkauan BH untuk menggalakkan lebih ramai ibu bapa agar terlibat dalam pembelajaran anak-anak mereka dan menyokong aspirasi akademik serta kerjaya pelajar kita."



Cik Zuraidah pula berkata usaha tersebut melengkapi inisiatif Mendaki untuk memperkasa ibu bapa sebagai rakan, pengasuh, dan guru pertama anak mereka, serta menyediakan anak-anak agar berdaya tahan dan siap bagi masa depan.



Encik Saat menambah beliau berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mendaki dalam projek bermakna ini, mentelah lagi akhbar ini sentiasa meneroka cara untuk mendekati masyarakat, termasuk anak muda.



"Kami berharap ia akan berguna buat masyarakat sedang kita meneruskan perjalanan kita menuju ke arah masyarakat cemerlang, didorong oleh pencapaian dalam pendidikan," tambahnya.



Sementara itu, fasa selanjutnya portal ini, yang dijadualkan tahun depan akan menggunakan data dan dapatan yang dikumpulkan untuk menyediakan kandungan yang lebih sesuai buat ibu bapa yang mempunyai anak daripada peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah.




"Dengan kerjasama ini antara Mendaki dengan SPH Media, kami berharap dapat mendekati masyarakat Melayu/Islam yang lebih luas dengan memanfaatkan jumlah pembaca, inisiatif multimedia dan jangkauan BH untuk menggalakkan lebih ramai ibu bapa agar terlibat dalam pembelajaran anak-anak mereka dan menyokong aspirasi akademik serta kerjaya pelajar kita."
- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU).




ANTARA CIRI PORTAL RAKAN ILMU 



ARTIKEL DAN RENCANA



  • Meliputi perkongsian keibubapaan dan rencana berkaitan pelbagai panduan bagi ibu bapa.

  • Sebahagian kandungan ini merupakan kandungan Premium dari laman BeritaHarian.sg yang dijadikan akses percuma di portal Rakan Ilmu.

  • Turut memuatkan artikel, pandangan dan analisis berita mengenai landskap pendidikan dan sosial setempat, yang menjejas pelajar dari semua peringkat pendidikan dan ibu bapa.

KERTAS UJIAN DAN PEPERIKSAAN



  • Membolehkan pengunjung memuat turun kertas ujian dan peperiksaan lalu untuk menjadi bahan rujukan atau semakan pelajar.

  • Merangkumi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), GCE 'N' dan 'O'.

  • Kertas ujian dan peperiksaan meliputi pelbagai subjek termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.

PANDUAN UMUM



  • Pelbagai bahan rujukan yang boleh dimanfaatkan ibu bapa dan pelajar.

  • Bahan-bahan ini boleh dimuat turun.

VIDEO DAN PODCAST PENDIDIKAN



  • Dalam minggu-minggu akan datang, ibu bapa dan pelajar boleh menikmati kandungan berbilang media berkaitan pendidikan, termasuk panduan pembelajaran hinggalah perbincangan mengenai landskap pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >