Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal terjemah perkataan, ayat ikut konteks setempat

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



PORTAL yang membolehkan pengguna menterjemahkan perkataan atau ayat daripada bahasa Inggeris kepada bahasa rasmi Singapura yang lain, iaitu Melayu, Cina dan India, sesuai dengan konteks setempat.



Itulah antara ciri portal SG Translate Together (SGTT) - sebuah laman portal penterjemahan dilancarkan oleh pemerintah semalam.



Dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, ia adalah sebahagian usaha pemerintah meningkatkan piawaian penterjemahan dan bahasa di Singapura.



Portal itu akan menggunakan enjin penterjemahan SG Translate, sebuah enjin yang menggunakan kepintaran buatan (AI) untuk menterjemah istilah setempat tertentu.



Sebelum ini, enjin itu dihasilkan oleh MCI dan Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) pada 2019 untuk penggunaan pemerintah dan sejak itu, ia menghasilkan lebih 300,000 terjemahan.



Kini, masyarakat awam boleh menggunakannya melalui portal SGTT itu.



Portal itu juga akan menjadi repositori sehenti bagi acara dan sumber berkaitan terjemahan.



Selain itu, orang ramai yang berminat mahu menyumbang terjemahan yang disunting dan menjalankan tugas terjemahan di portal itu boleh membuat demikian dengan mendaftarkan diri dengan menggunakan Singpass mereka.



Terjemahan itu akan digunakan untuk melatih enjin terjemahan dan meningkatkan ketepatan SG Translate.



Dalam majlis pelancaran itu, Encik Tan turut memberi penghargaan kepada rakan kongsi masyarakat yang telah menyumbang kepada usaha penterjemahan di sini.



Ini termasuk 'Rakan bagi SGTT' (Friends of SGTT), yang terdiri daripada individu yang mempunyai semangat mendalam terhadap bahasa dan terjemahan serta anggota Jawatankuasa Terjemahan Kebangsaan (NTC).



Antara mereka ialah bekas Timbalan Editor Berita Harian (BH), Encik Zulkifli Rahmat.



Beliau berkata usaha membangunkan portal itu akan dapat membantu warga Singapura lebih memahami perkataan atau frasa dalam konteks setempat.



"Saya memberi contoh seperti perkataan bahasa Inggeris iaitu 'mask'. Kalau anda memakai enjin terjemahan lain, mereka akan memberikan terjemaan bahasa Melayu kepada 'topeng', atau dalam bahasa Indonesia, 'masker'. Tetapi kita tahu bahawa kita memakai perkataan 'pelitup' di sini.



"Oleh demikian, portal SGTT lebih tepat kepada konteks yang ada di Singapura ini," katanya.



Encik Tan turut mendedahkan bahawa sehingga Mei lalu, terdapat lebih 1,200 relawan tampil menyumbang kepada usaha nasional itu.



Beliau juga berkata SGTT tidak akan menggatikan penterjemah tradisional, malah akan membantu memperbaiki piawaian terjemahan di sini.



"Lebih ramai menggunakannya, lebih banyak kami boleh 'melatih' enjin untuk meningkatkan keupayaan terjemahannya," kata Encik Tan yang juga pengerusi bagi NTC.




LAMAN PORTAL SG TRANSLATE TOGETHER (SGTT)



  • Orang awam boleh membuat terjemahan dua hala daripada bahasa Inggeris kepada bahasa rasmi Singapura yang lain (Melayu, Cina dan Tamil) yang sesuai kepada konteks setempat.

  • Repositori sehenti bagi acara dan sumber berkaitan terjemahan.

  • Orang ramai yang berminat mahu menyumbang terjemahan selepas disunting boleh berbuat demikian dengan mendaftar menggunakan Singpass mereka. Terjemahan itu akan digunakan untuk melatih enjin terjemahan dan meningkatkan ketepatan SG Translate.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >