Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portfolio GIC capai kadar pulangan nominal $AS tahunan 6.8% dalam 20 tahun

GIC
Jul 23, 2021 | 05:30 AM



PORTFOLIO firma pelaburan dana pemerintah GIC mencapai kadar pulangan nominal $AS tahunan sebanyak 6.8 peratus dalam tempoh 20 tahun yang berakhir 31 Mac lalu.



Setelah mengambil kira inflasi global, kadar pulangan nyata GIC ialah 4.3 peratus bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan firma itu.



Ini bermakna sepanjang 20 tahun yang lalu - dari April 2001 hingga Mac 2021, GIC mencapai pulangan tahunan sebanyak 4.3 peratus secara purata, yang lebih tinggi daripada kadar inflasi global.



Kadar pulangan nyata itu merupakan yang terbaik sejak 2015, dan kadar pulangan nominal itu merupakan yang terbaik sejak 2012.



Kenyataan GIC itu dikeluarkan bersama Laporan Pengurusan Portfolio Pemerintah bagi tahun 2020/2021.



Kadar pulangan purata dalam tempoh 20 tahun itu merupakan ukur tara utama bagi menilai prestasi pelaburan GIC.



Ia sejajar dengan mandat GIC untuk memelihara dan meningkatkan kuasa pembelian antarabangsa rizab di bawah pengurusannya bagi jangka masa panjang, iaitu untuk mencapai pulangan jangka panjang baik yang lebih tinggi daripada inflasi global, kata GIC.



Ketua Pegawai Eksekutif GIC, Encik Lim Chow Kiat, berkata pada awal 2020, pandemik Covid-19 membawa kesan ekonomi yang antara paling sukar dalam sejarah moden.



"Namun, penjualan aset berisiko global yang teruk berlaku telah bertukar haluan sebagai respons kepada campur tangan dasar pemerintah yang kepantasan dan skalanya tidak pernah dilihat sebelum ini," kata Encik Lim.



Tambahnya, pihak GIC kini lebih bersikap berhati-hati terhadap prospek makro, dengan adanya penilaian aset lebih tinggi, asas lebih rapuh dalam ekonomi global, dan kurang ruang dasar.



"Sebaliknya, kami positif mengenai prospek mikro, memandangkan terdapat bidang baru pertumbuhan yang didorong penekanan lebih tinggi terhadap kemampanan, transformasi teknologi yang dipercepat, dan keperluan meningkat bagi perniagaan untuk menyusun semula rantai bekalan mereka," kata Encik Lim.



Tahun ini, Laporan GIC turut memaparkan artikel khas '40 Tahun Dalam Melindungi Masa Depan Kewangan Singapura' yang menyorot pencapaian GIC sebagai syarikat pengurusan pelaburan sepanjang 40 tahun lalu, serta individu dan acara yang menyumbang kepada pencapaian itu.



"Sedang GIC menyambut ulang tahun ke-40 kami pada 2021, kami memperingati wawasan berani pemimpin pengasas kami, khususnya Encik Lee Kuan Yew dan Dr Goh Keng Swee, yang mengamanahkan kami dengan misi untuk memelihara dan meningkatkan nilai rizab asing Singapura.



"Kami memperbaharui komitmen kami untuk memenuhi misi melabur dengan baik bagi kestabilan jangka panjang kewangan Singapura," kata Encik Lim.



Dalam laporan tahun ini, satu babak baru juga telah diperkenal untuk menjelaskan kepercayaan GIC terhadap kemampanan dan pendekatan terhadap penyepaduan kemampanan.



GIC berkata ia mengambil pendekatan yang menyeluruh dan berjangka panjang terhadap kemampanan, sedang firma itu akur ia beroperasi dalam industri dan pasaran yang pelbagai.



Firma itu juga memahami bahawa syarikat perlu membuat pelbagai pertimbangan dan memerlukan masa untuk beralih ke arah kemampanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >