WALAUPUN baru dibentuk dan baru kali pertama bermain bersama, pasukan futsal Pos Goats yakin dapat mara jauh dalam Kejohanan Futsal Nasional 2015 hujung bulan ini.
Ini kerana semua anggota pasukan itu - rakan sedarjah berbangsa Melayu, India, Cina dan Indonesia di Sekolah Menengah St. Gabriel's - berpengalaman menyertai pertandingan bola sepak.