Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pos Polis Kejiranan Whitley akan jadi Pusat Laporan Rasuah

Feb 22, 2016 | 02:36 PM



PUSAT Laporan Rasuah Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) akan ditempatkan di premis Pos Polis Kejiranan Whitley dan dijadualkan beroperasi mulai Disember.


Pos polis tersebut akan berhenti beroperasi mulai 29 Feb bagi memudahkan penyerahan premis di 247 Whitley Road itu.


Pusat Laporan Rasuah itu akan "terletak di kawasan tengah dan berhampiran stesen MRT Stevens, menjadikan lebih mudah bagi orang ramai ke sana dan melaporkan amalan rasuah yang disyaki", kata CPIB dalam satu kenyataan media pada Isnin (22 Feb).


Galeri Warisan CPIB juga akan terletak di Pusat Laporan Rasuah untuk membolehkan orang ramai belajar tentang pendirian toleransi sifar Singapura terhadap rasuah.


Maklumat lanjut mengenai pusat itu akan diumum pada masa akan datang.


Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pada Januari tahun lepas bahawa Pusat Laporan Rasuah sehenti akan ditubuh bagi menjadikan lebih mudah untuk orang ramai melaporkan kes rasuah.


Pemerintah sedang mengkaji semula undang-undang Singapura mengenai rasuah dan akan meningkatkan tenaga kerja CPIB lebih 20 peratus, sebagai sebahagian usaha mengawal rasuah, kata beliau.


Orang ramai juga boleh terus membuat laporan di Ibu Pejabat CPIB di 2 Lengkok Bahru, dengan menghubungi hotline 24 jam CPIB di talian 1800-376-0000, dan membuat aduan dalam talian di www.cpib.gov.sg.


Sementara itu, penduduk sekitar pos polis tersebut boleh pergi ke Pusat Polis Kejiranan Kampong Java atau Pusat Polis Kejiranan Bukit Timah jika perlu.


Mereka juga boleh membuat laporan bukan kecemasan dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >