Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Posmen warga M’sia kongsi pengalaman berjauhan dengan keluarga dek pandemik

Apr 16, 2021 | 07:15 PM



SEWAKTU Malaysia mengumumkan sempadan antara Singapura dengan Malaysia bakal ditutup tahun lalu, warga Malaysia Azrizal Abd. Malik meninggalkan tanah air kerana menyangka beliau akan berjauhan daripada isteri dan anaknya selama dua minggu sahaja.


Namun lebih setahun sudah berlalu, dan mereka masih belum bertemu.


Ketika ditemui Berita Harian (BH) di Pusat SingPost, Encik Azrizal, 33 tahun, tidak dapat menahan sebak.


“Memang inilah tempoh paling lama saya tak jumpa dengan keluarga. Saya memang tak pernah jauh dengan isteri dan anak sebelum ini. Rindu dan sedih,” luah ayah seorang anak lelaki berusia empat tahun itu.


Beliau merupakan antara posmen Malaysia di bawah SingPost yang sudah sekian lama belum kembali ke tanah air mereka.


Pada Jumaat (16 April), mereka menghadiri sesi berbuka puasa dalam talian anjuran SingPost.


Menurut seorang lagi posmen, Encik Muhd Aizuddin Musa, 28 tahun, sepanjang pengalamannya menginap di Singapura, beliau mendapat sokongan moral daripada rakan-rakan kerjanya di SingPost yang beliau sudah anggap ibarat “keluarga kedua”.


“Kami semua amat rapat dengan satu sama lain. Mereka banyak menyokong, dan mereka merupakan orang di mana saya boleh berkongsi cerita, berbual bahkan meluahkan masalah untuk mendapatkan pendapat.


“Malah pihak pengurusan SingPost juga sentiasa bertanyakan keadaan kita,” ujarnya positif.


Warga Malaysia Khairul Faris Abdul Wahab, 29 tahun, yang tahun lalu nyaris-nyaris pulang ke Malaysia kerana risau akan kesihatan kedua orang tuanya turut berkongsi perasaan serupa.


Menurutnya, “abang-abang” dan “kakak-kakak” Singapura di SingPost baik dengan pekerja Malaysia sepertinya.


Malah, terdapat seorang mak cik yang beliau anggap seperti ibunya sendiri dan sewaktu Hari Raya tahun lalu, memasak makanan Raya buatnya.


Tahun ini, mak cik itu merancang melakukan yang sama.


“Jadi saya rasa saya ada keluarga juga di sini, itulah yang membuat saya boleh terus berada di sini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >