Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS alu-alu 'Tahun Merai Wanita SG', usaha kolektif iktiraf potensi kaum Hawa

Jan 31, 2021 | 11:36 PM



MENCORAK minda ke arah kesaksamaan jantina adalah satu usaha kolektif.



Justeru, baik dalam hal mengasuh keluarga kepada mengasilkan suri contoh wanita dan lelaki, pendidikan, advokasi, dasar dan penggubalan undang-undang, masyarakat secara menyeluruh bertanggungjawab dalam memberi layanan adil kepada setiap orang, tanpa mengira jantina, kaum, agama dan kerakyatan.



Menjelaskan demikian dalam kenyataannya pada Ahad (31 Januari), Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) mengalu-alukan pengumuman Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengisytiharkan 2021 sebagai 'Tahun Merai Wanita SG'.



Pengumuman ini dibuat pada Sabtu (30 Januari) semasa perbincangan dalam talian Majlis Rangkaian Integrasi Wanita Persatuan Rakyat (PA) mengenai Pembangunan Wanita Singapura diadakan.



Encik  Masagos berkata MSF akan menumpukan usaha tahun ini meraikan kemajuan dan potensi wanita Singapura bagi menyokong usaha menyeluruh negara membentang sebuah Kertas Putih di Parlimen.



Menurut PPIS, gerakan ini melebihi usaha memperingati dan mengiktiraf sumbangan wanita pada waktu silam dan kini bagi meraikan pelbagai peranan yang digalas wanita dalam masyarakat. Matlamat ini benar-benar sejajar secara mendalam dengan apa yang PPIS ingin terus lakukan. 



"PPIS percaya bahawa menyokong wanita memerlukan pendekatan menyeluruh dan berbilang kaedah yang meliputi penerapan nilai yang baik dan minda kesaksamaan projantina dari kecil hinggalah memperjuangkan peranan yang boleh diterajui pendidikan, advokasi, dasar dan undang-undang dalam menyokong aspirasi wanita dan membina keluarga berdaya tahan.



"Adalah penting bagi nilai-nilai yang diterapkan dari kecil untuk menghentikan layanan tidak adil terhadap kanak-kanak perempuan dan wanita, bagi memberi mereka keyakinan yang diperlukan untuk membesar sebagai individu bertanggungjawab.



"Ekosistem sokongan ini adalah dasar dan mangkin pembangunan wanita," tambah kenyataan itu lagi.



 Sebagai pengasas pertubuhan wanita Islam selama hampir 70 tahun, PPIS mempunyai dedikasi dalam menyokong wanita secara menyeluruh menerusi tiga bidang khidmat utama - wanita, kanak-kanak dan keluarga.



PPIS juga mengucapkan tanda terima kasih bagi sokongan dan kerjasama berterusan dengan pemerintah dan rakan masyarakat dari tahun ke tahun, mencetus inspirasi bagi perubahan dan menggalak tindakan kolektif dalam menaiktarafkan wanita dan keluarga mereka.



Sejajar dengan gerakan 'Tahun Merai wanita SG' tahun ini, PPIS menerusi 16 pusat serata Singapura berusaha menyokong wanita Islam merentasi pelbagai fasa kehidupan, membantu mereka membangun kanak-kanak yang bersedia bagi masa depan di samping membangun keluarga berdaya tahan ke arah masyarakat inklusif yang menyokong aspirasi mereka.



Menerusi Jabatan Penyelidikan dan Keterlibatan (RED), sesi perbincangan dalam talian mengenai pembangunan wanita telah dilancarkan pada Disember 2020.



Ia merupakan siri pertama sesi sembang yang disasarkan pada masyarakat Islam setempat untuk mengatur pandangan dan wawasan yang membantu mencorak program, dasar dan undang-undang di Singapura demi memajukan wanita di sini dan masyarakat.



Tahun lalu, di tengah-tengah pandemik Covid-19, PPIS juga menubuhkan dana Wanita Memerlukan (WIN) bagi memperkukuh sokongan dan bantuan buat wanita Islam mengharungi tempoh sukar.



"Kami berharap usaha sebegini dapat diteruskan buat wanita Islam dan keluarga mereka dalam landskap sosial yang berubah dan demi memastikan tiada yang ketinggalan.



Sebagai sebahagian Perikatan Singapura Bagi Wanita Dalam Penuaan (Sawa), PPIS juga bertekad meneruskan usahanya  memperjuangkan isu yang menjejas wanita berusia dan pengasuh mereka.



Ia berharap usaha kolektif dapat digerakkan dalam menyokong ekosistem terdiri daripada wanita dan lelaki Islam dalam masyarakat, pemerintah dan rakan kerjasama dalam membangun asas yang kukuh buat keluarga dan sekitaran yang sesuai bagi menggalak pertumbuhan dan kemajuan buat setiap isi rumah khususnya melibatkan wanita.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >