Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS lantik anak personaliti TV Nurul Aini duta muda kumpul dana

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Pemudi Islam Singapura (PPIS) berharap mengumpulkan $150,000 bagi Pusat Jagaan Pelajar 7oaks di Bedok dan Jurong dan telah melantik Shan Ehan Sofian, anak lelaki kepada personaliti TV Nurul Aini, sebagai duta muda bagi kempen pengumpulan dana Membina Masa Depan bersama PPIS atau 'Shaping Futures with PPIS'.



Dalam satu kenyataan semalam, PPIS berkata ia memilih Shan sebagai duta kempennya kerana sikap baik hati dan prihatin Shan, yang "merangkumi nilai-nilai memberi".



Pada November tahun lalu, Nurul Aini dalam satu posnya di Instagram mendedahkan bahawa Shan telah berkongsi wang saku sekolahnya bersama seorang rakan sekelas yang tidak mampu membeli makanan.



Shan merahsiakan perbuatan baik itu sehingga ia diketahui oleh ibu dan bapanya, Nurul Aini dan Sofian Roslan.



Shan berkata: "Saya memutuskan untuk mengadakan laman giving.sg saya sendiri kerana saya ingin membantu rakan-rakan (di Pusat Jagaan Pelajar 7oaks) untuk terus menerima penjagaan sebelum dan selepas sekolah."



Pusat Jagaan Pelajar 7oaks bertujuan menyediakan khidmat penjagaan sebelum dan selepas sekolah bagi kanak-kanak bersekolah antara usia tujuh tahun hingga 14 tahun.



Sebanyak 60 peratus daripada kanak-kanak di pusat itu memerlukan sokongan kewangan.



Ketua pegawai eksekutif PPIS, Cik Tuminah Sapawi mengalu-alukan penglibatan Shan sebagai duta kempen.



"Membuat kerja amal dan perbuatan baik bukan sahaja bermula di rumah, tetapi pada usia muda. Sekiranya kita dapat memupuk nilai ini di usia muda, kita boleh membangun masyarakat yang prihatin untuk memastikan kita dapat bersama berdiri teguh dan tiada siapa yang ketinggalan," katanya.



Sumbangan derma bagi kempen pengumpulan dana Membina Masa Depan bersama PPIS dapat dilakukan melalui pautan bit.ly/supportppis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >