Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS pastikan pelajar selesa, yuran dimampui

May 01, 2020 | 05:30 AM



PADA usia semuda sembilan tahun, ibu kepada Nurlaila Aaqilah Mohammad Ismail meninggal dunia akibat barah kolon.



Ayahnya pula jarang menemuinya setelah bercerai daripada ibunya lebih setahun lalu.



Bagi gadis yang lebih senang dengan panggilan Laila, ibunyalah tempat bermanja dan yang sering memberinya semangat untuk terus berjaya.



Apabila ibunya itu meninggal dunia, abang tirinya yang sulung, Encik Mohammad Noor Saiful Mohammad Sari, 31 tahun, menjangkakan pemergian ibu tersayang akan menjejas adik tirinya itu.



Namun, jauh daripada apa yang disangkakan, Laila yang bersemangat waja itu bertegas untuk ke sekolah keesokan harinya memandangkan ia hari pertama sekolah dibuka dan penting baginya untuk hadir.



Dua tahun berlalu, dan kini pelajar darjah lima itu terus cemerlang dalam pelajarannya.



Selama tiga tahun di Pusat Jagaan Pelajar Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), dia terus bersemangat untuk mengikuti kelas-kelas tuisyen dan kini merupakan salah seorang pelajar contoh di pusat tersebut.



Encik Saiful menjelaskan:



"Sebelum ini, kami tidak daftarkan Laila dalam kelas tuisyen kerana ia mahal dan kami tidak mampu. Mujurlah pusat ini menyediakan kelas-kelas tuisyen dan tambahan. Sekitaran pusat ini selesa membuatkan pengalaman pembelajaran yang lebih kondusif."



Laila yang mempunyai dua abang tiri, kini menjadikan Pusat Jagaan Pelajar PPIS sebagai rumah keduanya di mana dia dikelilingi teman-teman karib yang menyayanginya selain guru-guru guru yang membimbing dan memberi motivasi kepadanya.



"Saya ramai rakan di sini. Kami belajar dan bergaul sama secara baik," kata Laila.



Apabila ditanya tentang cita-citanya, Laila yang gemar membaca dan melukis berkata:



"Saya ingin menjadi seorang pakar animasi apabila dewasa nanti!"



Penyelia di Pusat Jagaan Pelajar PPIS, Cik Zaleha Ahmad, berkata pihaknya sentiasa berusaha memastikan sekitaran pembelajaran yang selesa di samping mengenakan yuran yang dimampui pelajar dan keluarga mereka.



Di samping penyeliaan tugasan sekolah, pelajar juga boleh memanfaatkan pembelajaran daripada program pengayaan dan kegiatan riadah tanpa perlu membayar kos tambahan.



"Kami ingin kanak-kanak ini berpeluang meneroka pengalaman baru. Kami hanya mampu lakukan demikian menerusi sumbangan ikhlas orang ramai.



"Harapan kami anda dapat terus menyokong kanak-kanak ini mencapai impian mereka,'' katanya.



Terdapat dua Pusat Penjagaan Pelajar PPIS di Bedok dan Jurong West.



Ia menawarkan khidmat penjagaan pelajar sebelum dan selepas sekolah bagi pelajar yang tidak mempunyai penjagaan di rumah disebabkan kededua ibu bapa bekerja.




CARA MENDERMA



  • Kod QR untuk menderma menenerusi PayNow

  • Pemindahan wang ke akaun semasa Maybank 041-445-558-13

  • Bagi derma secara umum layari giving.sg/ppis

  • Bagi zakat layari giving.sg/ppis/zakat2020

  • Alamat penuh PPIS ialah di Blok 1 Eunos Crescent #01-2509 dan boleh dihubungi melalui 6744-0258.

  • Layari Facebook/ppis.sg atau Instagram/ppissg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >