Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PPIS: Sumbangan Encik Lee sentiasa diingati masyarakat Melayu/Islam

Mar 23, 2015 | 04:06 PM

SEBAGAI bapa pengasas Singapura, sumbangan Encik Lee Kuan Yew akan senantiasa diingati masyarakat Melayu/Islam.

Memberikan tanda penghormatan mereka bagi pihak Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Presidennya, Cik Rahayu Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Maznah Masop, menyifatkan Encik Lee sebagai pemimpin berdedikasi yang mengubah Singapura kepada metropolis moden lagi maju.

"Beliau memainkan peranan penting dalam menyatukan kaum Melayu di Singapura dan membantu masyarakat mewujudkan identiti unik kita sendiri di peringkat serantau," ujar mereka dalam satu surat peribadi kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

PPIS turut melahirkan rasa sedih terhadap pemergian Perdana Menteri Pertama Singapura itu yang memainkan peranan penting dalam menyediakan asas yang kukuh bagi negara ini.

"Doa kami untuk keluarga mendiang Lee sedang mereka melalui masa-masa sukar ini," tambah PPIS.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3