Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS usul langkah galak amalan mesra keluarga

Aug 01, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak dorongan mahupun insentif pemerintah diperlukan bagi menggalak majikan untuk melaksanakan amalan mesra keluarga bagi menyokong wanita dalam sektor awam dan privet.



Usaha bimbingan wanita oleh wanita juga perlu dipergiat dan boleh dianjurkan menerusi kumpulan bantu diri masyarakat.



Ini adalah antara tujuh usulan yang dibentangkan oleh Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), bagi usaha semakan nasional, Kertas Putih mengenai Semakan Isu-isu wanita, dalam satu kenyataan semalam.



Menurut PPIS, saranan berkenaan merupakan hasil daripada perbincangan berstruktur mengenai pembangunan wanita yang dianjurkan PPIS pada Disember tahun lalu.



Seramai 42 pemimpin dan anggota masyarakat daripada pelbagai latar belakang, termasuk kaum Adam, telah menyertainya.



Perbincangan itu tertumpu kepada empat bidang utama iaitu kepimpinan wanita, kerja tidak berbayar, gangguan dan diskriminasi di tempat kerja serta sikap memperagakan wanita sebagai objek seksual.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai usulan dibuat, PPIS berkata:



"Menerusi saranan ini, PPIS berharap pemikiran masyarakat Islam mengenai peranan dan norma jantina serta kaum Adam yang menyokong pembangunan golongan wanita, akan secara bertahap berubah - bermula daripada perubahan pada dasar, pendidikan dan sokongan.



"Dasar dan penggubalan undang-undang mempunyai peranan yang meninggalkan kesan dalam membentuk pemikiran awam dan mempengaruhi sikap."



PPIS menambah bahawa semakan nasional tentang isu-isu wanita ini adalah bertepatan waktu sedang negara ini mengharungi keadaan dan melangkah ke normal baru dalam menangani cabaran yang dibawa oleh pandemik Covid-19.



"Penciptaan bersama adalah penting dan semua orang mempunyai peranan dalam membina sistem eko yang memberi sokongan kepada wanita di Singapura," ujar PPIS dalam kenyataannya.



"Dalam menangani isu jantina yang memberi kesan kepada masyarakat Islam, khususnya, adalah penting untuk menarik perhatian bahawa sektor awam dan privet harus diselaraskan bagi membantu wanita dalam kemajuan dan pembangunan mereka dalam kededua bidang."



Saranan lain dibentangkan dalam kenyataannya termasuk:



  • Memperbaiki amalan pengambilan pekerja dan kenaikan pangkat dengan mempunyai piawaian prestasi yang boleh diukur, menjangkaui penilaian subjektif oleh pihak pengurusan. Selain itu perkukuhkan amalan penggajian, promosi dan pembaharuan kepimpinan yang berdasarkan merit, serta menggalak inklusiviti dan kepelbagaian dalam bagi menggalak kesamaan jantina.

  • Membentuk semula pemikiran awam mengenai peranan jantina, diskriminasi di tempat kerja dan isu menjadikan wanita sebagai objek seksual menerusi garis panduan media dan kempen.

  • Berhubungan dengan rakan kerjasama dari kaum Adam untuk memberi sokongan kepada keprihatinan yang dihadapi oleh wanita dan berkongsi bagaimana orang lelaki boleh meringankan bebanan dengan berkongsi tanggung jawab domestik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >