Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS Vista Sakinah akan kendali kajian keluarga tiri lebihi 10 tahun

Jan 24, 2021 | 05:30 AM



KAJIAN baru terhadap keluarga tiri yang berjaya mengekalkan rumah tangga sepanjang lebih 10 tahun akan dilaksanakan pusat sokongan khusus bagi keluarga tiri di Singapura, PPIS Vista Sakinah.



Demikian diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semalam.



Beliau berkata, kajian itu bertujuan mencari faktor yang dapat membina sifat berdaya tahan dalam keluarga tiri di Singapura.



Dengan kajian tersebut, Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam berkata:



"Ia akan memperluaskan lagi, perkhidmatan yang ditawar Vista Sakinah berdasarkan bukti."



Dalam kenyataannya Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) yang mengendalikan Vista Sakinah berkata ia berharap kajian itu dapat mempertingkat kebolehpercayaannya sedang pusat itu terus menawarkan khidmatnya sambil mempelajari secara langsung daripada masyarakat.



Pusat perkhidmatan keluarga tiri itu menyambut ulang tahunnya yang ke-10 semalam.



Mengimbas kembali tentang perjalanan Vista Sakinah, presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim berkata seramai 14,000 individu telah meraih manfaat daripada program dan perkhidmatan Vista Sakinah, termasuk lebih 2,500 pasangan yang telah menyertai program persiapan kehidupan berkeluarga semula - Program Memupuk Kasih - sejak sedekad lalu.



Menyusuli ulang tahun itu yang bertema Memaparkan Daya Tahan, Encik Masagos memaklumkan dalam ucapannya bahawa beliau sedar akan cabaran dihadapi golongan ibu bapa keluarga tiri, sambil menekankan betapa pentingnya sokongan diberi kepada keluarga sedemikian.



"Keluarga merupakan benteng sokongan pertama kita... Memandangkan keluarga tiri berhadapan dengan pelbagai keunikan dan kerumitan, adalah penting bagi kita memberi sokongan, membangunkan daya tahan dan mencari huraian yang sesuai untuk menghadapi cabaran.



"Dalam usaha membina keluarga yang utuh, mereka perlu menyatupadukan pelbagai pihak yang berbeza budaya kekeluargaan mereka untuk memupuk identiti keluarga baru yang tersendiri.



"Hakikatnya, ramai keluarga sedemikian menghadapi pelbagai rintangan. Maka saya rasa kagum mendengar kisah-kisah kejayaan mereka yang menyentuh hati," ujar Encik Masagos lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >