LEE KUAN YEW 1923-2015

Prabowo kagum Encik Lee dapat lahirkan pemimpin pelapis yang 'bagus dan hebat'

SALAH satu pencapaian besar Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew yang dikagumi Pengerusi Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Encik Prabowo Subianto, ialah kejayaan beliau mencipta sistem yang melahirkan lapisan pemimpin yang "bagus dan hebat" untuk menyusulinya.

"Saya kira ini keberhasilan beliau. Beliau berhasil menciptakan beberapa generasi pemimpin yang unggul. Sistem ini dibilang meritokrasi. Inilah yang saya kira jadi kekuatan Singapura," kata beliau yang ditemui media selepas memberi penghormatan kepada mendiang Encik Lee di Bangunan Parlimen sekitar 2.30 petang semalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan