Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pramugara SIA pandu Grab sebelum disah positif Covid-19, jejak kontak penumpang diteruskan

Dec 30, 2020 | 08:07 PM



PRAMUGARA Singapore Airlines yang dijangkiti koronavirus bekerja sambilan sebagai pemandu Grab dari 17 Disember hingga 24 Disember.



Beliau kembali dari tugasan ke Amerika Syarikat pada 16 Disember.



Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pada Rabu (30 Disember), proses menjejak kontak kini diteruskan bagi mengenal pasti penumpangnya.



Kru khidmat penerbangan di sini dikecualikan daripada perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejak Mac, asal sahaja langkah berjaga-jaga diambil bagi mengurangkan risiko terdedah pada virus itu.



Pramugara berkenaan, yang berusia 48 tahun, merupakan warga Singapura yang berkunjung ke Amerika Syarikat atas urusan kerja dari 12 Disember dengan 16 Disember di bawah jadual perjalanan yang dikawal.



Beliau diuji positif koronavirus pada 23 Disember sebagai sebahagian ujian proaktif yang dikendalikan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) buat kru penerbangan yang pulang dari penerbangan luar negara.



Pada 25 Disember, hasil ujiannya tidak dapat diputuskan lantas beliau menjalani ujian sekali lagi pada hari yang sama. Hasil ujian kedua juga tidak dapat diputuskan.



Beliau kemudian tidak keluar rumah hingga disahkan terkena jangkitan pada 27 Disember, di mana beliau digegaskan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Pada 29 Disember, Grab menyatakan lelaki itu telah digantung khidmatnya buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.



Grab juga sedang bekerjasama dengan MOH bagi menyokong usaha menjejak kontak.



MOH berkata pada Rabu,  penumpang yang didapati mempunyai kontak dengan lelaki itu perlu dikuarantin.



“Risiko jangkitan secara umum didapati rendah di pengangkutan awam (seperti bas dan MRT), di mana kontak dengan pesakit hanya sementara.



“Bagaimanapun, melihat jarak dekat antara pemandu dengan penumpang di dalam kereta sewa privet dan teksi, penumpang yang didapati merupakan kontak rapat kes yang disahkan akan dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga,” tambah MOH.



Secara berasingan dalam kenyataannya pada Rabu, MOH turut mengumumkan seorang juruterbang Singapore Airlines adalah antara 26 kes import Covid-19 baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >