Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Pramugari didenda $7,000 kerana mencuri

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pramugari didenda $7,000 kerana mencuri

Nov 17, 2015 | 12:07 PM

SEORANG pramugari Jepun yang melakukan beberapa kecurian dalam masa setengah jam di pusat beli-belah Paragon didenda $7,000 pada Isnin (16 Nov).

Satoko Otaka, 27 tahun, yang mengalami kemurungan dengan gangguan kawalan impuls semasa melakukan kesalahan itu, mengaku bersalah bagi tiga tuduhan mencuri.

Empat lagi tuduhan kecurian dan satu tuduhan mempunyai barang curian diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Mahkamah diberitahu bahawa Otaka terbang ke Singapura dengan penerbangan All Nippon Airways pada awal 4 Ogos.

Dalam keadaan penat dan kurang tidur, dia pergi ke pusat beli-belah di Orchard Road itu.

Pada kira-kira 12.20 tengah hari, seorang timbalan pengurus di pasar raya Marketplace menahan Otaka kerana mencuri dan menghubungi polis.

Antara barang yang diambilnya dari pasar raya itu ialah buah-buahan, poskad, sup dalam paket dan stok sayur-sayuran. Barang-barang itu berharga $171.74.

Sebuah kantung duit syiling, tempat simpan kad dan dompet jenama Salvatore Ferragamo juga didapati berada padanya. Barang-barang curian itu bernilai $1,750.

Polis turut menemui sepasang pakaian ketat lelaki jenama Mizuno berharga $165 pada Otaka.

Dalam masa setengah jam pagi itu, dia mencuri barang-barangan bernilai lebih $2,300.

Semua barang-barang itu ditemui semula.

Menurut peguam Otaka, dia sedang menerima rawatan psikiatrik.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3