Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AR-RAUDHAH

Prasarana mesra warga emas, jemaah berkerusi roda antara keutamaan

Pihak masjid sangat berharap bantuan dana bagi projek peningkatan
Mar 27, 2021 | 05:30 AM



SETELAH 28 tahun, terdapat keperluan untuk menjalankan usaha-usaha membaik pulih prasarana Masjid Ar-Raudhah yang sangat penting dan mendesak sekali.



Ini lebih-lebih lagi dengan demografi penduduk yang semakin berusia di sekitar Bukit Batok.



Selain keutamaan untuk mengadakan lebih banyak tempat solat bagi menampung jemaah yang semakin bertambah, peningkatan prasarana ini akan lebih mesra terhadap warga emas dan jemaah yang berkerusi roda.



Sebahagian bumbung mesra alam yang boleh ditembusi cahaya matahari serta ruang tambahan dewan serbaguna juga akan diadakan untuk meningkatkan pelbagai kegiatan.



Sebuah bilik pengurusan jenazah turut diwujudkan sebagai khidmat tambahan untuk meningkatkan khidmat Pengurusan Jenazah Ar-Raudhah yang sudah sedia ada.



Masjid Ar-Raudhah (Ar-Raudhah bererti Taman Syurga) di Bukit Batok telah mula dibina pada 15 September 1989,



Ia dirasmikan pembukaannya pada 10 Januari 1993.



Ar-Raudhah yang boleh memuatkan 3,000 orang jemaah telah menyambut ulang tahunnya yang ke-28 pada awal tahun ini.



Dalam situasi norma-norma baru pasca- Covid-19 ini, proses peningkatan prasarana ini juga sangat diharapkan dapat memenuhi keperluan yang semakin meningkat.



Ini untuk pembelajaran Islam melalui aLIVE madrasah dan Tadika Ar-Raudhah serta program pembangunan sosial.



Selaku Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Projek Peningkatan Semula Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, berkata, pihak masjid sangat prihatin dalam memberi khidmat cemerlang dan program-program yang berkualiti kepada jemaah, khususnya dari sudut keselesaan dan keselamatan.



Jelas beliau lagi:



"Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan pandemik, hampir semua program masjid dapat dijalankan semula, tetapi tetap dengan Langkah Pengurusan Selamat (SMM) yang ketat bagi memastikan keselamatan jemaah dan pelajar yang datang ke masjid."



Kelas Tadika pula telah pun diadakan secara fizikal, sementara kelas aLIVE madrasah dapat disambung semula secara fizikal dan dalam talian.



Pihak masjid akan terus cuba menyambung semula program Dari Buaian ke Liang Lahad dan program memupuk kesefahaman dan keharmonian antara agama dengan kaum.



Contohnya, pada Oktober 2020, lebih 200 pelajar menengah Hillgrove telah mengikuti program lawatan ke Ar-Raudhah melalui aplikasi Zoom untuk mengenali masjid dan agama Islam.



Dalam musim pandemik ini, masjid telah berusaha dan bekerjasama dengan Badan Agama dan Pelajaran Radin Mas (Bapa) dalam Projek Kasi Makan untuk memberi makanan kepada hampir 300 keluarga penerima zakat di Bukit Batok.



"Pengurusan Jenazah Ar-Raudhah yang merupakan satu-satunya masjid yang mempunyai usaha ini akan terus memberi khidmat kepada masyarakat dan penderma bulanan secara tetap melalui Skim Pintar Ar-Raudhah.



"Kami sangat berterima kasih kepada jemaah yang selama ini memberi sokongan padu dan sumbangan ikhlas untuk menjayakan semua program dan usaha membaik pulih prasarana masjid.



"Dengan rendah diri, kami menyeru kepada masyarakat, marilah kita sama-sama membantu masjid dan rebutlah peluang keemasan ini dalam usaha membaik pulih prasarana Masjid Ar-Raudhah (Taman Syurga) yang akan menjadi saksi di akhirat kelak," kata Ustaz Mohamed Ali.




CARA MENYUMBANG



+ Pemindahan bank ke akaun OCBC 501-806368-001



+ Paynow UENS93MQ0024E



+ Hantar cek kepada 'Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah'



+ Imbas Kod QR yang disediakan



+ Langsung ke pejabat masjid (waktu pejabat)



+ Sila nyatakan 'Infaq-MUP' di bahagian 'Bill Reference No.' semasa membuat sumbangan.



+ Sila hubungi pihak kami di talian 6899-5840 atau lungsuri Facebook/Instagram Masjid Ar-Raudhah untuk keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >