Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prasekolah ditutup mulai 8 April, tawar khidmat kepada ibu bapa tertentu sahaja

Apr 04, 2020 | 05:30 AM



SEMUA prasekolah akan menggantung khidmat umumnya dari 8 April hingga 4 Mei.



Ia akan hanya dibuka untuk memberi khidmat kepada golongan ibu bapa yang terhad, yang tidak dapat mencari jagaan alternatif untuk anak-anak mereka.



Ini termasuk mereka yang bekerja dalam khidmat penting seperti sektor jagaan kesihatan, menurut kenyataan bersama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Berikutan langkah ini, Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) akan memansuhkan tuntutan kehadiran minimum satu hari bagi subsidi sekolah pada April.



MSF juga akan memansuhkan tuntutan kehadiran minimum bagi subsidi Bantuan Yuran Jagaan Pelajar (SCFA) pada April.



Menurut MSF dan MOE, sumber pembelajaran di rumah (HBL) yang dibangunkan oleh pelbagai prasekolah akan dikongsi secara progresif dengan prasekolah lain serta ibu bapa.



Prasekolah juga akan terus berhubungan dengan kanak-kanak semasa tempoh ini untuk memeriksa kesejahteraan umum dan kemajuan mereka.



"Kami faham keprihatinan mereka yang terjejas oleh penggantungan kelas di institut pengajian tinggi (IHL) dan sekolah serta penggantungan khidmat di pusat jagaan pelajar, termasuk kekhuatiran berkaitan dengan aturan jagaan kanak-kanak," jelas kenyataan itu.



Justeru, mulai 7 April, semua premis tempat kerja perlu beralih kepada bekerja dari rumah.



MOE dan MSF berkata ibu bapa amat digalak agar memastikan anak-anak mereka berada di rumah sepanjang tempoh itu.



Kenyataan itu menambah mereka yang bekerja dalam khidmat penting seperti penjagaan kesihatan dan tidak dapat menjamin jagaan alternatif, boleh mendapatkan bantuan daripada sekolah rendah dan prasekolah anak-anak mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >