Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prasekolah NTUC beri bantuan kepada keluarga pendapatan rendah

Feb 10, 2021 | 05:30 AM



ANAK-ANAK dari keluarga berpendapatan rendah yang bersekolah di prasekolah NTUC akan mendapat sumbangan sekali sebanyak $400 ke Akaun Pembangunan Anak (CDA) mereka mulai Mei ini.



Seorang anggota keluarga daripada 4,000 keluarga ini akan mendapat keahlian NTUC secara bertaja, kata NTUC First Campus (NFC) dalam satu kenyataan semalam.



NFC, yang mengendalikan My First Skool dan Little Skool-House, berkata bahawa inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha memberi keluarga dan anak-anak mereka sokongan tambahan dan permulaan yang baik untuk Tahun Baru Cina.



Keluarga yang layak menerima bantuan tambahan ini mesti mempunyai pendapatan isi rumah bulanan $4,500 atau kurang, atau pendapatan per kapita bulanan $1,125 atau kurang.



Anak mereka juga mesti didaftarkan di prasekolah NFC pada 31 Januari tahun ini, dan sekurang-kurangnya tiga bulan, untuk layak mendapat pembayaran.



Anak-anak yang menerima sumbangan $400 itu akan mendapat pemadanan dolar-ke-dolar dari pemerintah jika keluarga tersebut memenuhi kriteria di bawah Skim Bonus Bayi.



NFC berkata sumbangan tambahan itu akan membantu menampung pelbagai perbelanjaan membesarkan anak seperti bayaran prasekolah, penjagaan kesihatan, pergigian dan keperluan optik serta program campur tangan awal di institusi yang diluluskan oleh Baby Bonus.



Ia juga berharap pembayaran akan mendorong keluarga berpendapatan rendah untuk membuka CDA untuk anak-anak mereka, jika mereka belum melakukannya.



Anak-anak yang lahir dari 24 Mac 2016, secara automatik menerima sehingga $3,000 dalam akaun mereka di bawah Geran Langkah Pertama CDA.



Mengenai keahlian NTUC bertaja yang diberi, NFC berkata bahawa keluarga akan menikmati faedah kewangan dan pekerjaan yang ditawarkan oleh NTUC.



Ini termasuk baucar digital bagi program bantuan di bawah Dana Penjagaan NTUC-U atau kursus peningkatan kemahiran bersubsidi melalui Program Bantuan Latihan Kesatuan.



Untuk keluarga yang layak yang sudah mempunyai keahlian NTUC - yang berharga $117 setahun - NFC berkata ia akan menyokong mereka dengan membayar yuran untuk satu ahli setiap keluarga.



Keluarga akan menikmati keahlian yang ditaja sepenuhnya sehingga anak atau anak bongsunya meninggalkan rangkaian prasekolah NFC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >