Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prasekolah penting bantu anak-anak bangun kemahiran pendidikan, sosial dan emosi

15 keluarga sertai seminar Brunch with Mendaki; seminar bantu ibu bapa bangun asas kukuh untuk anak-anak
Jul 13, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 150 keluarga telah mendaftar bagi program 'Brunch with Mendaki' yang diadakan menerusi wadah Zoom dan Facebook Mendaki kelmarin.



Ini merupakan kali kedua program sedemikian diadakan tahun ini.



Dengan tema "Ibu bapa sebagai Guru Pertama: Memupuk Pelajar Sepanjang Hayat dalam diri Anak anda", seminar itu bertujuan memberitahu ibu bapa tentang pentingnya pendidikan awal kanak-kanak.



Di samping itu, seminar tersebut memperkasa ibu bapa dengan kemahiran dan pengetahuan berkesan untuk membantu membangunkan asa yang kukuh dalam jati diri anak-anak selain menawarkan panduan bermanfaat bagaimana untuk mempersiap anak bagi sekolah rendah.



Dihoskan personaliti radio, Cik Zaza Majid, seminar itu menampilkan sesi perkongsian menarik oleh pendidik berpengalaman, Cik Aidah Hosni dan personaliti serta usahawan, Nura J.



Dalam pada itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim turut menyertai seminar itu selaku tetamu terhormat semasa sesi perbincangan interaktif dengan ahli panel.



Sesi interaktif itu bertujuan untuk menangani keprihatinan ibu bapa bagaimana untuk menggalak kesediaan sekolah positif dalam diri anak-anak.



Menekankan tentang peri pentingnya pendidikan prasekolah, Dr Faishal berkata ia pendidikan awal akan dapat membantu anak-anak membangunkan kemahiran pendidikan, sosial dan emosional serta sokongan yang mereka perlukan pada usia tersebut.



"Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memperkasakan proses tersebut.



"Dalam melakukan demikian, ibu bapa perlu sedar bahawa untuk mereka melakukan demikian, mereka perlu mempunyai kemahiran dan keupayaan agar dapat mendekati anak mereka dengan lebih baik lagi.



"Kita juga perlu menggunakan peluang ini untuk mempertingkat cara kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan mereka untuk membantu mereka membangunkan asas kukuh yang dapat mempertingkat pembelajaran mereka," katanya.



Beliau turut menggalak ibu bapa untuk memastikan anak mereka mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pendidikan prasekolah untuk meraih sokongan pendidikan, sosial dan emosional



Meski kanak-kanak mungkin menerima sokongan ini di rumah, sekitaran sekolah akan mendedahkan mereka kepada dunia luar di mana mereka boleh berkomunikasi dengan mereka daripada pelbagai latar belakang selain meraih celik membaca dan kemahiran berkira bagi mempersiapkan mereka untuk darjah satu.



Selain itu, Cik Aidah juga telah menekankan tentang pentingnya pendidikan awal dan bagaimana ia boleh menawarkan pembangunan holistik bagi anak-anak tersebut untuk memaksimumkan potensi dan berfungsi secara berkesan secara realiti.



"Apabila kita menghantar anak kita ke sekolah pada peringkat awal, kita sedang memberikan mereka peluang untuk bermula perjalanan pembelajaran mereka secara awal juga.



"Pembangunan seorang anak di peringkat awal adalah penting kerana ini merupakan masa mereka mempelajari untuk meneroka, bertanya dan mengetahui tentang dunia di sekeliling mereka," ujarnya.



Cik Aidah turut menambah bahawa sekitaran dan struktur yang baik untuk pembelajaran amat penting untuk memupuk keyakinan selain meraih kemahiran sosial agar lebih mudah menyesuaikan diri di masa hadapan.



Selain itu, beliau juga mengalak ibu bapa untuk memupuk amalan pembelajaran positif dalam diri anak mereka bermula dari rumah.



Ini termasuk menerusi aktiviti seperti membaca, menulis dan melukis.



Ibu bapa juga menurutnya boleh menggalak sekitaran pembelajaran positif menerusi aktiviti bermain dan menyelesaikan masalah bagi anak-anak mereka.




"Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memperkasakan proses (membangunkan kemahiran pendidikan, sosial dan emosional anak-anak) tersebut. Dalam melakukan demikian, ibu bapa perlu sedar bahawa untuk mereka melakukan demikian, mereka perlu mempunyai kemahiran dan keupayaan agar dapat mendekati anak mereka dengan lebih baik lagi. Kita juga perlu menggunakan peluang ini untuk mempertingkat cara kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan mereka untuk membantu mereka membangunkan asas kukuh yang dapat mempertingkat pembelajaran mereka."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim



"Apabila kita menghantar anak kita ke sekolah pada peringkat awal, kita sedang memberikan mereka peluang untuk bermula perjalanan pembelajaran mereka secara awal juga. Pembangunan seorang anak di peringkat awal adalah penting kerana ini merupakan masa mereka mempelajari untuk meneroka, bertanya dan mengetahui tentang dunia di sekeliling mereka."
- Pendidik berpengalaman, Cik Aidah Hosni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >