Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prasekolah percuma untuk kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah di pra-sekolah NTUC First Campus

Sep 23, 2019 | 03:45 PM



 



 



MEMANDANGKAN pengendali prasekolah kedua terbesar Singapura akan meningkatkan sokongan bagi keluarga yang kurang bernasib baik, lebih ramai kanak-kanak daripada latar belakang berpendapatan rendah akan mendapat bantuan kewangan dan sosial, dan dengan prasekolah percuma untuk segelintir mereka.



NTUC First Campus akan menaikkan had pendapatan bulanan setiap rumah bagi skim sokongan kanak-kanaknya daripada $3,500 kepada $4,500 mulai Januari 2020. Ini akan membantu lebih daripada 10,000 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan dalam jangka masa lima tahun akan datang. Mereka juga akan didahulukan dalam kemasukan ke pusat My First Skool di merata Singapura.

 



Ketua Eksekutif NTUC First Campus, Encik Chan Tee Seng mengumumkan bahawa pada 2020, $8.6 juta akan dibelanjakan untuk program, yang akan merangkumi sokongan pembelajaran, pengayaan dan sokongan kewangan. Ini kenaikan 26 peratus dari tahun lepas.



Tambahan pula, OCBC Bank akan memberi $1 juta untuk membantu membuat prasekolah percuma untuk 500 kanak-kanak setiap tahun daripada 2020 sehungga 2024. 



Di bawah skim ini, setiap kanak-kanak yang layak akan menerima $400 ke dalam Akaun Pembangunan Anak (CDA), dan ini akan dipadankan dengan sedolar untuk sedolar oleh pemerintah. Jumlah wang $800 boleh menampung yuran buat dua tahun pertama bagi keluarga yang menjana pendapatan $4,500 atau kurang, bernilai $720 setelah subsidi pemerintah.



Kerjasama antara bank dan pengendali prasekolah itu ditandatangani hari ini (23 September) oleh Ketua Eksekutif Kumpulan OCBC, Encik Samuel Tsien dan Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >