Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prasekolah S'pura perketat langkah Covid-19

Jul 22, 2021 | 12:16 AM



PUSAT prasekolah di Singapura sedang memperketat undang-undang pengurusan keselamatan mulai Khamis (22 Julai) sejajar dengan garis panduan Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat), sedang kelompok besar Covid-19 terbentuk baru-baru ini.



Dalam suratnya kepada ibu bapa, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) berkata, semua ibu bapa termasuk kepada kanak-kanak yang baru menyertai prasekolah, tidak akan dibenarkan memasuki perkarangan prasekolah. Kelas pengayaan juga dinasihati agar beralih ke dalam talian bagi mengurangkan jangkitan di dalam dan antara prasekolah.



Hanya pengunjung yang diperlukan bagi menyokong operasi prasekolah dan mereka yang diperlukan melakukan beberapa peranan tertentu seperti kontraktor dan pegawai pelesenan boleh memasuki premis prasekolah itu.



Kanak-kanak atau kakitangan dengan isi rumah yang menjalani ujian swab Covid-19 wajib akan diperlukan menjalani cuti ketidakhadiran hingga ujian anggota isi rumah itu didapati negatif Covid-19.



Ini akan membolehkan pengekangan lebih baik dibuat melihat pada keprihatinan yang dipertingkat kini, kata Ecda.



Kanak-kanak atau kakitangan yang menerima amaran risiko kesihatan daripada Kementerian Kesihatan (MOH) akan diberi cuti ketidakhadiran dalam tempoh amaran dan boleh kembali ke sekolah apabila mereka menerima hasil ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) yang negatif menjelang penghujung tempoh amaran.



Amaran risiko kesihatan diberikan kepada mereka yang dikenal pasti sebagai kontak kasual kes Covid-19 atau telah berkunjung ke tempat tertentu yang berisiko tinggi pada sama hari dengan kes Covid-19.



Kanak-kanak atau kakitangan dengan anggota isi rumah yang diberikan amaran sebegitu akan juga diletakkan dalam cuti ketidakhadiran sehingga anggota isi rumah itu menerima ujian PCR yang negatif.



Jika kanak-kanak atau kakitangan mahupun anggota isi rumah mereka diberikan awasan risiko kesihatan, mereka akan dibenarkan untuk menghadiri prasekolah jika mereka sihat.



Bagaimanapun, mereka sangat digalakkan untuk diuji dan mengurangkan interaksi sosial bagi tempoh yang ditentukan Kementerian Kesihatan (MOH).



Awasan risiko kesihatan adalah bagi mereka yang dikenal pasti sebagai pengunjung tempat-tempat yang menjadi tumpuan banyak kes atau sekitar kawasannya.



Bagi kanak-kanak atau kakitangan dengan mana-mana anggota isi rumah yang sakit dengan tanda persis flu, mereka sangat digalakkan agar duduk di rumah hingga anggota isi rumah yang tidak sihat untuk memperolehi hasil ujian negatif Covid-19.



Ecda juga berkata ia mengiktiraf program sampingan yang memberi khidmat kepada kanak-kanak dengan keperluan tambahan khususnya sangat mustahak.



Sokongan Pembangunan dan Sokongan Pembelajaran, Sokongan Plus Pembangunan dan Bantuan Bahasa Tertumpu dalam program membaca mungkin meneruskan program bertemu muka, bergantung pada langkah pengurusan selamat yang diperketat.



Prasekolah mungkin meneruskan kegiatan luar di ruang awam dalam lingkungan persekitaran sekolah. Namun, ia mestilah dalam kumpulan kecil tidak melebihi dua orang, daripada lima sebelum ini, sejajar dengan pengurangan nasional dalam saiz kumpulan.



Ecda juga berkata ketetapan kehadiran sekurang-kurangnya sehari bagi pemberian subsidi prasekolah dan Bantuan Kewangan Jagaan Kanak-Kanak bagi Julai dan Ogos akan dikecualikan, melihat pada situasi kini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >