Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prasekolah tawarkan pengecualian yuran pengambilan lewat bagi NSmen bertugas

Inisiatif itu sebagai tanda penghargaan ke atas sumbangan mereka kepada negara
Jun 14, 2019 | 08:41 PM



ANGGOTA Perkhidmatan Negara Kerahan (NSmen) yang mengambil anak mereka lewat dari pra-sekolah yang terpilih kerana tugas tidak lagi perlu membayar yuran lewat dari 1 Julai hingga 30 Jun tahun depan.



Pengecualian pembayaran itu merupakan antara langkah bagi melahirkan penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada pertahanan negara.



Sempena Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 1 Julai ini, lebih dari 70,000 kanak-kanak dari sekitar 500 pusat prasekolah akan mengambil bahagian dalam sesi seni beramai-ramai atau 'art jam' di mana mereka akan menghiasi patung kecil NSmen berseragam, lengkap dengan mesej ucapan terima kasih.



Mulai 24 Jun ini, terdapat juga lebih daripada 120 tawaran Hari SAF yang ditawarkan oleh lebih daripada 90 cawangan yang mengambil bahagian.



Ini termasuk kemudahan rekreasi, makanan dan minuman (F&B) dan tawaran membeli-belah di lebih dari 450 pusat membeli-belah di seluruh negara.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang mengumumkan inisiatif tersebut semalam, berkata bahawa NSmen memainkan peranan penting dalam pertahanan dan keselamatan Singapura.



Di samping itu, beliau turut berkata inisiatif sedemikian yang menunjukkan penghargaan kepada NSmen harus diteruskan.



“Kami tahu bahawa tidak mudah (untuk menjadi seorang anggota kerahan), kerana anda masih  mempunyai tanggungjawab pekerjaan dan tuntutan lain, tetapi dengan dedikasi dan sokongan dari masyarakat, kami berharap mereka dapat melakukan apa yang mereka perlu lakukan,” kata beliau yang juga merupakan Presiden Safra.



Dr Maliki membuat pengumuman tersebut di Safra Toa Payoh NurtureStars Preschool ketika satu sesi ‘art jam’ sebagai sebahagian daripada inisiatif Safra “We Thank NSmen” (Kami Berterima Kasih Kepada NSmen) tahun ini.



Acara ‘art jam’ dan inisiatif pengecualian pembayaran merupakan kerjasama antara Safra dan Persatuan Perkhidmatan Awal Kanak-kanak dan Perkhidmatan Latihan (Assets).



Empat pra-sekolah yang kini menawarkan pengecualian pembayaran itu adalah NurtureStars Preschool, Kinderland Preschool, ELFA Preschool dan Skool4Kidz. Mereka mengendalikan sejumlah 48 pusat penjagaan kanak-kanak.



Bagi NurtureStars Preschool, yang mempunyai enam pusat di sekitar negara, yuran lewat yang dikenakan adalah sebanyak $5.35 untuk 15 minit pertama, dan sedolar bagi seminit seterusnya.



Pra-sekolah yang mengambil bahagian akan menanggung kos pengecualian pembayaran itu.



Selain itu, promosi Hari SAF juga merangkumi tawaran khusus untuk ahli Safra sahaja, seperti tawaran 1-for-1 (satu untuk satu) menyaksikan tayangan filem pada hujung minggu di pawagam Shaw Theaters.



Tawaran lain termasuk pemberian istimewa di cawangan F&B seperti Burger King, Mr Bean, Polar Puffs & Cake dan Toast Box.



Anggota kerahan SAF dan ahli Safra boleh melungsuri laman rasmi Safra di www.safra.sg/safday untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran Hari SAF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >