Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Premis F&B bentuk sebahagian besar lokasi kunjungan kes Covid-19: MOH

Sep 13, 2020 | 12:23 AM



SEBILANGAN besar  tempat yang baru disenaraikan Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai ruang yang pernah dikunjungi kes Covid-19 merupakan premis jualan makanan dan minuman (F&B) seperti kafe dan restoran. Turut terjejas pusat makanan, pasar dan pasar raya.



Antaranya adalah Starbucks dan Xiao Long Kan Hotpot di pusat beli-belah Bugis Junction (dikunjungi kes Covid-19 antara 6.40 petang hingga 9.30 malam pada 30 Ogos); pasar dan pusat makanan Geylang Serai (dikunjungi antara 6.55 pagi dengan 7.35 pagi pada 30 Ogos) dan pasar raya FairPrice di Woodlands Civic Centre (dikunjungi antara 3 petang dengan 3.55 petang pada 31 Ogos).



Ini didedahkan MOH dalam kenyataannya pada Sabtu malam (12 September).



Mereka yang dikesan merupakan kontak rapat dengan kes-kes ini sudah pun dihubungi MOH. Sebagai langkah pencegahan, mereka yang pernah berada di lokasi yang disenaraikan serta masa yang tertera, harus mengawasi kesihatan mereka bagi tempoh 14 hari setelah kunjungan mereka ke tempat-tempat yang terbabit.



MOH menasihati mereka yang menampakkan tanda tidak sihat seperti jangkitan pernafasan akut agar segera bertemu doktor.



Orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat yang dikunjungi kes Covid-19. Ini memandangkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mendapatkan pihak pengurusan premis yang terjejas bagi memberi panduan tentang proses pembersihan dan penyahjangkitan lokasi berkenaan.



Sehingga 12 tengah hari Sabtu (12 September), 42 kes jangkitan baru Covid-19 dikenal pasti.



Dalam kalangan 10 kes import, dua adalah warga Singapura manakala lima kes pula adalah Penduduk Tetap Singapura yang kembali ke sini dari India pada 30 Ogos dan 31 Ogos.

Lagi dua kes adalah pemegang pas kerja yang kini bertugas di sini dan datang dari Jerman (30 Ogos) dan Filipina (29 Ogos).



Baki satu kes import pula adalah lelaki berusia 62 tahun yang merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek yang datang dari India pada 5 September. Beliau adalah suami seorang wanita warga Singapura.



Empat kes masyarakat pula melibatkan seorang Penduduk Tetap, seorang pemegang pas kerja dan dua pemegang permit kerja. Tiga daripadanya dikesan hasil pemantauan dan pemeriksaan proaktif manakala seorang lagi dikenal pasti dalam tempoh kuarantin.



MOH menambah, 92 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat manakala 54 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >