Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKATAN COVID-19 DILONGGAR SECARA BERPERINGKAT

Premis F&B buat penyesuaian terima pelanggan seminggu lagi

Jun 12, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA kedai makanan dan minuman (F&B) terpaksa membuat penyesuaian tempahan yang dibuat oleh pelanggan, yang sebelum ini menjangka dapat menjamu selera semula di kedai-kedai makan pada Isnin ini.



Ini menyusuli pengumuman pemerintah bahawa orang ramai boleh menjamu selera di kedai makan mulai 21 Jun, iaitu seminggu selepas sekatan di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) dilonggarkan sebagai sebahagian daripada kelonggaran sekatan secara bertahap.



Meskipun melahirkan kekecewaan dengan penundaan itu, ramai F&B yang dihubungi faham bahawa langkah berhati-hati tambahan ini diperlukan demi keselamatan dan kesejahteraan kededua pihak peniaga dan pelanggan.



Antaranya ialah pemilik bersama restoran Asap & Co, Encik Hairul Isa.



"Kami telah menerima tempahan untuk sekitar 30 meja sehari bagi tempoh 14 Jun hingga 21 Jun, jadi sekarang kami terpaksa menjadualkan semula tempahan dan memulangkan wang pendahuluan mereka bagi tempahan itu.



"Sejujurnya, kami agak terkejut yang kami terpaksa menunggu seminggu lagi dan menjangka perniagaan dapat beroperasi dan menerima pelanggan selepas sekatan berakhir pada 13 Jun. Kami kurang yakin jika ini mempunyai apa-apa perbezaan pun, walaupun kami akur perlunya untuk pemerintah memastikan jangkitan perlu dikawal.



"Penutupan sebulan ini memang mencabar untuk kami mahupun banyak peniaga lain meskipun dengan adanya bantuan pemerintah, kerana kami hanya dimaklumkan pada notis yang singkat," jelas beliau.



Melahirkan sentimen serupa, Pengurus Mukmin Restaurant, Cik Siti Faridahanim Hashim, mengaku memang terkilan sedikit perlu menunggu lebih lama.



"Kami bersyukur dapat beroperasi seperti biasa nanti meskipun terpaksa menunggu seminggu lebih lama.



"Memang apabila mendapat tahu aturan terbaru itu memang rasa kecewa sikit sebab perniagaan kami baru hendak pulih apabila jumlah orang yang boleh makan bersama dinaikkan dari lima orang kepada lapan orang, dan lepas itu terpaksa ditutup pula," jelasnya.



"Tetapi kami juga faham pemerintah perlu melakukan pembukaan ini secara bertahap-tahap kerana khuatir terlalu sesak orang di kedai makan."



Pengarah penjualan dan pemasaran Saffrons Cafeteria di Tampines, Encik Ridjal Noor, pula lega melihat pendekatan pemerintah yang berhati-hati.



"Ia sesuatu yang diperlukan dan kami juga mahu mewujudkan ruang makan yang selamat untuk pekerja mahupun pelanggan.



"Pada masa yang sama, saya sedar ia menjejas banyak peniaga kerana tambahan satu minggu itu mempunyai kesan besar terhadap peniaga seperti kami," kata beliau.



Tambahnya, walaupun tidak beroperasi seperti biasa, namun kos yang perlu ditanggung terus sama, seperti kos pekerja yang harus dikekalkan mahupun kos sewa yang tidak berubah.



Seperti kebanyakan peniaga lain, Encik Ridjal berkata khidmat penghantaran dalam talian telah dipertingkatkan sejak pandemik mula melanda tahun lalu.



Dalam hal ini, pemilik Boon Lay Power Nasi Lemak, Encik Badrol Hisam Ramli, gembira dengan kelonggaran diberi kerana "khidmat penghantaran dalam talian hanya dapat membantu sekadar 20 peratus daripada perniagaan manakala bayaran komisen kepada syarikat penghantaran sahaja adalah antara 22 peratus hingga 30 peratus, justeru ini mengurangkan pendapatan perniagaan".



Apa pun, persiapan rapi sudah mula dilakukan oleh peniaga walaupun hanya boleh menyambut pelanggan pada minggu mendatang nanti.



Menurut Encik Hairul:



"Kami akan membuat persiapan yang perlu bagi melaksanakan jarak selamat antara kumpulan, pemeriksaan suhu badan dan penjejakan kontak sebelum mereka masuk serta memastikan pelanggan tidak membuka pelitup kecuali semasa makan dan minum."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >