GELANG PATAH: Premis memproses baja tahi ayam yang beroperasi tanpa kelulusan dikenal pasti sebagai punca pencemaran ammonia di Sungai Johor, yang menjejas tiga loji rawatan air di Kota Tinggi sejak Jumaat lalu.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh, berkata premis yang beroperasi di tebing Sungai Sayong, Kulai, itu turut bertanggungjawab ke atas pencemaran Sungai Johor pada Julai tahun lalu, menyebabkan 600,000 penduduk terjejas.