Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Premium COE jatuh bagi kebanyakan kategori

Jan 05, 2022 | 05:39 PM



HARGA sijil hak memiliki kenderaan (COE) jatuh merentas kebanyakan kategori pada penghujung pelaksanaan pembidaan pertama 2022 pada Rabu (5 Jan), menentang ramalan awal bahawa premium akan terus meningkat selepas ia meningkat pada akhir tahun lalu.



Premium untuk kereta yang lebih besar melebihi 1,600cc atau 130bhp jatuh dengan margin terbesar, ditutup pada $77,700, iaitu penurunan 4 peratus daripada $80,989 pada pusingan pembidaan sebelumnya.



Selepas mencecah paras tertinggi enam tahun pada akhir tahun lalu, premium bagi kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp juga berakhir lebih rendah hari ini, ditutup pada $57,599.



Ini merupakan 2 peratus lebih rendah berbanding $58,801 pada 22 Disember tahun lalu.



Premium bagi COE Terbuka pula yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi selalunya bagi kenderaan lebih besar, turut jatuh kepada $82,501 daripada $83,889 pada latihan bidaan sebelum ini.



Harga COE bagi kenderaan barangan dan bas juga berakhir 4 peratus lebih rendah pada $42,200, berbanding $44,000 dua minggu lalu.



Sementara itu, harga COE motosikal adalah satu-satunya harga COE yang naik hari ini, tetapi hanya sedikit.



Premium dalam kategori tersebut tutup pada $9,689 iaitu $88 lebih tinggi daripada $9,601 pada tender sebelumnya, lapor The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >