Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Premium COE terus naik, ditutup lebih tinggi bagi semua kategori kecuali motosikal

Apr 21, 2021 | 09:32 PM



PREMIUM bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) terus meningkat malah menutup tender terakhir pada Rabu (21 April) pada paras lebih tinggi daripada harga dua minggu lalu.



Harga COE bagi kereta hingga 1,600cc dan dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp tutup pada $49,640, satu peningkatan daripada harga $45,600 sebelum ini. Harga COE bagi kereta melebihi 1,600cc atau 130bhp ditutup pada $61,190, peningkatan daripada $52,309.



Premium bagi COE Terbuka yang boleh digunakan bagi apa jua jenis kenderaan kecuali motosikal tetapi kerapkali digunakan bagi kereta lebih besar ditutup pada $62,100, satu peningkatan daripada $52,200.



Harga COE bagi kenderaan komersial termasuk kenderaan muatan dan bas pula bertambah daripada $36,134 kepada $44,001.



Hanya premium motosikal sahaja ditutup tanpa sebarang perubahan harga - $8,000 yang disifatkan sebagai tinggi dalam sejarah penetapan harga COE di sini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >