Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lim Kia Tong ingin pimpin FAS empat tahun lagi

Mar 02, 2021 | 07:36 PM



PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Lim Kia Tong menyatakan hasratnya memimpin badan bola sepak negara itu untuk empat tahun lagi.



Menjawab pertanyaan media di majlis menandatangani penajaan kejuaraan Liga Perdana Singapura (SPL) di Stadium Jalan Besar pada Selasa (2 Mac), Lim mengesahkan pilihan raya seterusnya FAS akan berlangsung sebelum 28 April.



Di majlis semalam, AIA Singapore melanjutkan penajaan kejuaraan SPL selama dua tahun sehingga musim 2022.



Syarikat insurans hayat itu telah menjadi penaja liga sejak 2019 dan persetujuan baru yang ditandatangani pada Selasa difahamkan bernilai $2 juta. 



Lim, seorang peguam, berkata: “Keinginan untuk berkhidmat kepada bola sepak Singapura tidak pernah pudar dalam diri saya. 



“Saya masih memiliki semangat yang sangat mendalam untuk berkhidmat kepada bola sepak Singapura, dan untuk memastikan ia berkembang sehingga ia sekurang-kurangnya stabil, dikenali, supaya generasi pemimpin seterusnya dalam sukan ini akan dapat membawa bola sepak Singapura ke depan.”



Lim menambah beliau yakin bahawa beliau “memiliki perwatakan, hubungan dan pengalaman dan pengetahuan untuk sekurang-kurangnya membantu untuk satu lagi tempoh (empat tahun)”.



Lim dan majlis jawatankuasa semasa FAS dilantik pada April 2017 untuk tempoh empat tahun. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >