Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden hadiri majlis ulang tahun ke-100 kuil Sikh

Jun 25, 2018 | 05:30 AM



DALAM usaha mempererat dan mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama, Presiden Halimah Yacob mengunjungi Kuil Sri Guru Singh Sabha Singapura (SGSS) di Wilkie Road, dekat Mount Sophia, semalam.



Lawatan itu diadakan sempena ulang tahun ke-100 kuil itu bulan ini.



SGSS antara kuil Sikh tertua yang dibangunkan generasi pendatang awal Sikh ke Singapura dan diasaskan pada 25 Jun 1918.



Kuil itu bertujuan memenuhi keperluan masyarakat Sikh di sini.



Menulis di Facebook semalam, Puan Halimah mengucapkan tahniah kepada SGSS atas ulang tahunnya yang ke-100 itu.



Beliau menambah bahawa SGSS antara tujuh kuil Sikh di Singapura dan telah memainkan peranan aktif dalam Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Moulmein-Cairnhill.



"Saya berharap SGSS terus berjaya memenuhi peranannya mengukuhkan masyarakat dan menjalin hubungan dengan masyarakat lebih luas," katanya.



Mereka turut melancarkan buku yang merakam penghargaan atas daya usaha datuk nenek moyang masyarakat Sikh membangunkan asas kuil pada 1918.



Buku itu juga meneliti kegiatan yang dilaksanakan generasi seterus masyarakat Sikh.



Turut dilancar ialah plak ulang tahun ke-100 kuil.



Dalam lawatan ke kuil tesebut, Puan Halimah berinteraksi bersama masyarakat Sikh dan mengenali lebih lanjut perihal sejarah SGSS menerusi bahan pameran.



Beliau juga menyaksikan bagaimana masyarakat Sikh mengamalkan 'langar'.



'Langar' ialah dapur masyarakat dalam kuil yang menyediakan makanan vegetarian secara percuma kepada semua pengunjung, tidak kira bangsa dan agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >