Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah adakan lawatan negara ke M'sia 20 Mac

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob akan membuat lawatan negara ke Malaysia dari 20 hingga 22 Mac atas undangan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah.



Ini merupakan lawatan negara pertama Puan Halimah ke Malaysia dan merupakan kunjungan balas kepada lawatan Yang di-Pertuan Agong ke Singapura pada Oktober 2022, kata satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Puan Halimah akan diberikan Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara dan akan menemui Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.



Susulan upacara itu, Yang di-Pertuan Agong dan Puan Halimah akan menanam pokok Gelam (Melaleuca cajuputi) di halaman Istana. Puan Halimah dan Encik Mohamed Abdullah Alhabshee akan menyaksikan satu majlis Penamaan Orkid. Satu hibrid orkid baru, Vanda Halimah Yacob Mohamed, akan dinamakan sempena Puan Halimah dan Encik Mohamed. Puan Halimah juga akan menemui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Menurut MFA, Puan Halimah akan diiringi Encik Mohamed; Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar Dr Maliki Osman; Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling; beberapa Anggota Parlimen (AP); dan sebilangan pegawai pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >