Subuh
5:46
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Presiden Halimah ajak bina S'pura yang bersatu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Presiden Halimah ajak bina S'pura yang bersatu

Sep 15, 2017 | 05:30 AM

SETELAH mengangkat sumpah sebagai presiden kelapan Singapura, Puan Halimah Yacob mengajak rakyat menyertainya dalam perjalanan membina Singapura yang bersatu padu dan mengatasi cabaran yang dihadapi negara bersama.

"Dalam pelbagai peranan yang saya dukung sebelum ini, saya telah melihat manfaat yang boleh dicapai jika kita bekerjasama.

"Kini, sebagai Presiden, tanggungjawab saya adalah menyatukan watan, mengatasi pelbagai cabaran di depan kita, bersama," kata Puan Halimah dalam ucapan pertamanya sebagai Presiden.

Diapit Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Hakim Besar Sundaresh Menon, Puan Halimah mengangkat sumpah sebagai presiden di Bilik Negara di Istana, disaksikan sekitar 200 tetamu, termasuk anggota keluarga, Menteri Kabinet dan Duta dari negara Asean seperti Brunei, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam, serta tiga negara Dialog Utama China, Jepun dan New Zealand.

Beliau menjadi wanita pertama menggalas jawatan Presiden selain Melayu kedua yang menjadi ketua negara, 47 tahun selepas Presiden pertama Encik Yusof Ishak meninggalkan pejabat itu.

Puan Halimah, 63 tahun, yang pernah berkhidmat sebagai pemimpin veteran kesatuan sekerja dan juga seorang tokoh politik, berkata dalam peranan-peranannya sebelum ini, beliau dapat melihat dan menghargai apa yang boleh dicapai jika warga bersatu padu.

Dalam ucapannya, beliau menekankan tiga nilai penting bagi Singapura - prinsip negara berbilang bangsa, meritokrasi dan pengawasan (stewardship) negara bagi generasi masa depan.

Beliau juga berjanji mahu meneruskan tugas baik yang dilakukan Presiden SR Nathan dan Presiden Tony Tan.

"Saya akan menggunakan Cabaran Presiden untuk mengangkat golongan istimewa dalam masyarakat kita.

"Selain memberi bantuan serta-merta, kita perlu membantu keluarga yang memerlukan untuk mempersiap diri dengan cabaran-cabaran masa hadapan," ujar beliau.

Sementara itu, Encik Lee dalam ucapannya pula berharap Puan Halimah akan menjalankan tugas tanpa berpihak kepada sesiapa atau sebarang parti politik.

"Sebagai Presiden, anda perlu menjadi tokoh yang menyatukan negara kita dan mewakili semua warga Singapura. Saya yakin anda akan menyesuaikan diri dengan peranan baru ini, dan melaksanakannya dengan cemerlang," tambah Encik Lee.

Awal daripada itu, Encik Lee dan isterinya, Cik Ho Ching, menyambut ketibaan Puan Halimah dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, di Istana sekitar 6 petang.

Seterusnya, dalam upacara yang penuh istiadat Puan Halimah dibawa memeriksa pasukan kawalan kehormatan, yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pasukan Polis Singapura (SPF).

Kemudiannya beliau dibawa ke dalam Istana bagi upacara mengangkat sumpah.

Semasa berucap Puan Halimah juga berikrar akan menjalankan tugasnya menjaga rizab negara dan memastikan pelantikan baru jawatan penting perkhidmatan awam dibuat berdasarkan tahap integriti dan keupayaan yang tinggi.

Mengakhiri ucapannya, beliau berjanji meneruskan khidmatnya kepada negara dan mengajak rakyat bersamanya dalam perjalanan itu.

"Matlamat kita mestilah mahu meninggalkan Singapura yang lebih baik untuk generasi masa depan," ujar Puan Halimah.

Laporan lain:

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3