Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah alu-alu pandangan warga di luar S'pura

Oct 20, 2022 | 06:25 AM



PRESIDEN Halimah Yacob menggesa warga Singapura yang menetap di luar negara supaya tetap mempertimbangkan dan memberikan perspektif mereka mengenai isu yang dihadapi Singapura.



Meskipun mereka tidak berada di Singapura, pandangan serta sumbangan mereka dalam menghuraikan isu-isu tersebut dihargai, ujarnya.



Beliau berkata demikian semasa bertemu dengan sekitar 130 warga Singapura yang menetap di Vietnam dalam satu majlis makan tengah hari di Hotel Park Hyatt Saigon semalam.



Majlis jamuan tersebut diadakan sempena hari keempat lawatan Presiden Halimah ke Vietnam, yang akan berakhir hari ini.



"Sedang kami bangkit semula daripada pandemik, ketidaktentuan geopolitik dan risiko makroekonomi telah meningkat.



"Di Singapura, kami juga perlu menghadapi warga yang semakin menua dan keprihatinan mengenai mobiliti sosial.



"Meskipun anda tidak berada di Singapura secara fizikal, saya ingin menggesa anda supaya memberikan pandangan dan melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan penting ini," katanya.



Suara kanak-kanak yang kedengaran semasa beliau menyampaikan ucapannya membuat Puan Halimah berseloroh:



"Saya mendengar banyak suara kanak-kanak di sini, sebab itu perspektif diperlukan, ia amat penting bagi generasi akan datang ini."



Laporan lanjut : Vietnam teroka eksport tenaga angin ke S'pura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >