Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah alu-alu usaha berbilang agensi bantu belia atasi tekanan mental

Sep 13, 2020 | 04:23 PM



MENYOKONG belia dan kesejahteraan mental mereka pada masa Singapura masih berjuang menentang wabak Covid-19 adalah sesuatu perkara yang mustahak.



Menekankan demikian dalam ucapan pembuka acara berjalan kaki amal di alam maya, #HOWRU anjuran badan khidmat sosial Samaritans of Singapore (SOS) pada Ahad (13 September), Presiden Halimah Yacob berkata:



"Sebagai contoh, pada waktu ini, kebanyakan belia kita risaukan tentang peluang pekerjaan selepas tamat pengajian yang seterusnya akan menjejas kesihatan mental mereka.



"Bagi membantu belia yang bergelut dengan isu kesejahteraan mental, sebuah badan berbilang agensi, Rangkaian Kesejahteraan Mental Belia (Youth Mental Well-Being Network) sudah dibangunkan pada Februari tahun ini.



"Lebih 1,000 belia, karyawan dan aktivis kesihatan mental serta ibu bapa tampil menjana idea baru dan merealisasikannya, membangun kerja-kerja yang telah diusahakan agensi pemerintah dan rakan kerjasama masyarakat sejauh ini.



"Saya harap lebih ramai orang lagi akan menyertai mereka dalam usaha ini."



Puan Halimah akur dalam berdepan dengan pandemik Covid-19, sesetengah penduduk mungkin berdepan dengan tekanan kesihatan mental yang bertambah dan memerlukan bantuan.



Menerusi acara berjalan kaki maya ini yang disejajarkan dengan Bulan Pencegahan Bunuh Diri, pada September, Puan Halimah berharap akan wujud kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kempen mencegah gejala membunuh diri lantas menggalak mereka menggembleng tenaga demi kesejahteraan mental golongan yang terjejas.



 



 



 



   




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >