Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah antara 50 Muslim berpengaruh dunia

Nov 03, 2017 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob, presiden kelapan Singapura dan presiden wanita pertama negara ini, muncul sebagai antara 50 Muslim paling berpengaruh dunia.



Malah, beliau diletakkan di tempat ke-45, antara 50 tempat tertinggi, dalam senarai The Muslim 500: The 500 Most Influential Muslims 2018 (Muslim 500: 500 Muslim Paling Berpengaruh 2018).



Ini dipercayai kali pertama seorang warga Singapura mendapat tempat 50 paling tinggi dalam senarai itu yang dikeluarkan semalam.



Senarai tersebut diperkenal Pusat Pengajian Strategik Islam Diraja di Amman, Jordan, pada 2009.



Puan Halimah menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Presiden September lalu, yang pertama kali diperuntuk bagi kaum Melayu. Beliau juga merupakan Presiden Melayu pertama dalam 47 tahun.



Pengarah Urusan SimplyIslam, Encik Mohamed Nassir Abdul Sukkur, yang kini berada di Jordan bagi pengajian bahasa Arab, berkata berita tentang pemilihan Puan Halimah turut diuar-uarkan secara meluas di Timur Tengah termasuk di Jordan.



"Muslim Arab terkejut tetapi bangga bahawa seorang wanita Muslim, yang berhijab lagi, telah dipilih sebagai Presiden negara sekular.



"Pemandu teksi hingga akademik telah bertanya kepada saya mengenai beliau dan mengenai Singapura.



"Pemilihannya telah membawa Singapura ke depan, khususnya di Timur Tengah," ujar Encik Nassir, yang telah muncul dalam senarai itu pada 2009 dan 2010.



Selain 50 tempat tertinggi, seramai 450 individu lain paling berpengaruh tidak disenaraikan dari segi urutan tertentu.



Tahun ini, empat lagi warga Singapura yang disenaraikan ialah:



– Duta Singapura ke Kuwait dan Wakil Khas Menteri Ehwal Luar ke Timur Tengah, Encik Zainul Abidin Rasheed;

– Imam Masjid Ba'alwie Habib Hassan Al-Attas;

– Timbalan Peguam Negara Kanan, Encik Faizal Mohamed Abdul Kadir; dan

– Pengarah Eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi (IBN) A*Star, Profesor Jackie Ying.



Senarai itu memilih individu daripada pelbagai bidang meliputi, antara lain, bidang akademik, politik dan seni.



Bahkan, senarai itu juga mengenal pasti pengganas paling berpengaruh.



Tahun ini, senarai itu turut memperkenal Muslim Man of the Year (Muslim Lelaki Cemerlang Tahun ini) dan Muslim Woman of the Year (Muslim Wanita Cemerlang Tahun ini) yang diberikan kepada Datuk Bandar London, Encik Sadiq Khan, dan pejuang pelarian Syria, Cik Nawal Al-Soufi.



Tokoh Muslim lain dalam senarai 50 paling tinggi termasuk Sheikh Universiti Al-Azhar dan Imam Besar Masjid Al-Azhar, Profesor Sheikh Ahmad Muhammad Al-Tayyeb; Pengarah Dar Al Mustafa di Tarim Yaman, Habib Umar Hafiz; dan Presiden Indonesia Joko Widodo.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >