Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah antara 50 Muslim paling berpengaruh di dunia

Oct 04, 2019 | 02:39 PM



PRESIDEN Halimah Yacob dinobatkan sebagai antara 50 Muslim paling berpengaruh dalam senarai 500 Muslim paling berpengaruh di dunia, yang dikumpulkan oleh Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam, sebuah sebuah institut pemikir (think-tank) di Jordan.



Puan Halimah diletakkan di nombor 38, justeru menjadikannya satu-satunya warga Singapura dan satu daripada lima orang berpengaruh dari Asia Tenggara dalam senarai 50 teratas edisi 2020 ‘The Muslim 500’.



Sebagai satu-satunya wanita dalam senarai pengaruh 50 teratas, Puan Halimah diiktiraf atas usahanya menggalak perpaduan sosial dan  memperjuangkan golongan pekerja.



Senarai tahunan ini, yang sudah memasuki tahun ke-11nya, menilai orang Muslim di seluruh dunia atas dasar betapa besar pengaruh mereka kepada masyarakat. 



Petikan penghargaannya mendedahkan: "Sebagai Presiden, Puan Halimah telah menggalak inisiatif untuk menyokong masyarakat yang kohesif, menguatkan (pemahaman) antara agama dan mengiktiraf semua pekerja yang menyumbang kepada kemajuan Singapura."



Juga dalam tangga 50 teratas pada tahun ini adalah empat lagi Muslim dari Asia Tenggara: Presiden Indonesia Joko Widodo berada di kedudukan ke-13, Profesor KH Said Aqil Siradj, pengerusi Nahdlatul Ulama Indonesia, menduduki tangga ke-19, pendakwah Indonesia Habib Luthfi Yahya berada di tangga ke-33, dan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad menduduki tempat ke-42.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >