Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Asean harus manfaatkan potensi wanita

Aug 27, 2018 | 04:27 PM



ASEAN harus memanfaatkan potensi semua, termasuk wanita, untuk mencapai potensi ekonomi yang sepenuhnya, kata Presiden Halimah Yacob.



“Adalah penting kita memberi tumpuan membina sebuah Masyarakat Asean yang inklusif dan membolehkan wanita untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya,” ujar Presiden Halimah.



Beliau berkata demikian semasa berucap di Forum Asean mengenai Pemerksaaan Ekonomi Wanita pada Isnin 27 Ogos.



Presiden Halimah menarik perhatian, wanita berusia 15 tahun dan ke atas membentuk lebih separuh daripada penduduk Asean.



Namun, masih ada jurang jantina, dengan purata jurang jantina dari segi penyertaan tenaga kerja di negara Asean mencapai 19 peratus.



Kata Presiden Halimah, wanita harus mempunyai akses sama rata kepada pendidikan, terutamanya pada tahun-tahun awal mereka; akses sama rata kepada pembelajaran sepanjang hayat; peluang sama rata menyertai ekonomi, dengan akses sama rata kepada sumber; serta peluang sama rata untuk menyandang jawatan kepimpinan dalam semua sektor masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >