Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PARALIMPIK TOKYO

Presiden Halimah: Atlet Team SG inspirasi kepada semua warga

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN terdapat gangguan dan ketidakpastian disebabkan pandemik Covid-19, Team Singapura di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah membuktikan bahawa mereka tidak dikekang oleh batasan tersebut, kata Presiden Halimah Yacob.



Sebaliknya, semasa tempoh mencabar itu, Team Singapura didorong untuk mencapai apa yang boleh dicapai.



"Anda semua merupakan inspirasi," katanya.



"Anda semua telah menunjukkan bahawa dengan kerja keras dan pengorbanan, kami (semua) juga dapat merealisasikan impian kita.



"Pencapaian anda juga menunjukkan betapa sebuah negara yang kecil dapat menunjukkan prestasi yang baik," tambah Puan Halimah sambil mengatakan usaha mereka telah menjadi inspirasi kepada ramai warga Singapura.



Demikian menurut Presiden Halimah semasa berucap kepada atlet Team Singapura dalam satu pertemuan dalam talian petang semalam.



Turut hadir kesemua 10 atlet yang mewakili Singapura di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berlabuh tirai hujung minggu lalu.



Ini termasuk pemanah Nur Syahidah Alim, Muhammad Diroy Noordin yang bersaing dalam acara lontar peluru besi kategori F40, serta atlet angkat berat Nur Aini Mohamad Yasli.



Selain mengucapkan terima kasih kepada atlet Team Singapura atas pencapaian mereka yang luar biasa ketika mewakili negara dalam sukan itu, Puan Halimah juga menghulurkan penghargaan kepada pasukan yang memberi sokongan kepada Team Singapura.



Ini termasuk pengasuh, jurulatih, keluarga, rakan, pegawai Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC) serta Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC).



Dalam ucapannya, Puan Halimah berharap perjalanan dan pengalaman para atlet akan dapat memberi inspirasi kepada ramai dalam masyarakat, terutama mereka yang kurang upaya.



"Beri inspirasi dan dorongan kepada orang kurang upaya lain untuk menjalankan gaya hidup aktif, supaya kita dapat membina negara sukan yang lebih baik bersama.



"Di luar sukan, semangat boleh lakukan anda berfungsi sebagai dorongan bagi rakyat Singapura untuk mempercayai diri mereka sendiri dan mengejar impian mereka," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >