Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Presiden Halimah berbesar hati peranan yang dimainkan perusahaan sosial

Jan 30, 2021 | 05:30 AM



SETELAH mengalami strok yang menyebabkan beliau mengalami masalah bertutur dan kelemahan di tangan kanannya, Encik Ang Kuan Heng sukar mendapat pekerjaan.



Namun, beliau kemudian berjaya mendapat pekerjaan di perusahaan sosial Spic & Span, yang dikunjungi Presiden Halimah Yacob semalam.



Puan Halimah bertemu dengan pekerja firma pembersihan itu, yang mewujudkan peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya dan kumpulan yang kurang bernasib baik.



Beliau menyeru agar lebih banyak perusahaan sosial menggunakan teknologi untuk menjalankan perniagaan yang melakukan kebaikan di samping menggesa majikan supaya meluangkan masa sewaktu pandemik ini untuk reka semula proses pekerjaan dan pekerjaan mereka.



Ini bagi mempersiap peluang masa depan dan membantu pekerja yang kurang bernasib baik meraih kemahiran baru.



Encik Ang mengalami strok pada 2017 menyebabkannya sukar bertutur dan lemah di tubuh bahagian kanan.



Beliau menjalani fisioterapi selama setahun tetapi masih menghadapi kesukaran terutama apabila bertemu orang ramai, menyebabkannya sukar mencari kerja, lapor The Straits Times.



Encik Ang menyertai Spic & Span sebagai penyelaras projek pada Oktober tahun lalu. Beliau meraih keyakinan untuk mencuba perkara baru, termasuk menimba kemahiran komputer meskipun mengalami masalah lemah di tangan kanannya.



"Saya pada mulanya amat risau tentang mencari pekerjaan dan apabila saya menyertai syarikat itu, saya berjumpa dengan orang yang menerima saya seadanya dan memahami keadaan saya.



"Saya gembira dapat bekerja di sini dan saya rancang untuk terus kekal bekerja sehingga usia bersara, mungkin juga selepas itu," ujar EncikAng, 57 tahun.



Sewaktu lawatan ke bilik pameran Pusat Pengalaman Speco di Kallang Place, Puan Halimah menyaksikan pertunjukan produk baru perusahaan sosial itu dan berinteraksi dengan pekerjanya.



Dalam pos Facebook setelah lawatan itu, Puan Halimah berkata beliau berbesar hati bahawa Spic & Span mempunyai misi menggajikan golongan daripada latar belakang kurang bernasib baik, seperti bekas pesalah dan golongan kurang upaya secara mental dan fizikal.



Ini, menurutnya, telah memberi mereka peluang untuk meraih pendapatan dan menjalani kehidupan bermakna.



Beliau menambah: "Kita perlukan lebih banyak perusahaan sosial seperti Spic & Span untuk berubah, menjadi tangkas dan memanfaatkan teknologi bagi menjalankan perniagaan dan melakukan kebaikan kepada masyarakat pada masa yang sama."



Sekitar 80 peratus tenaga kerja Spic & Span datang daripada latar belakang kurang bernasib baik.



Perusahaan itu bekerjasama dengan lebih 60 agensi perkhidmatan sosial untuk melatih, meningkatkan kemahiran dan menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 300 individu.



Ia juga menjalankan kerja nyahjangkitan secara pro bono (percuma) untuk mempertingkat keselamatan 64,000 penduduk warga emas di rumah penjagaan serata Singapura serta perusahaan saiz sederhana dan kecil yang menghadapi waktu sukar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >